Monday 17 November 2014

RAHSIA SURIRUMAH SEBENAR..! KITA BONGKAR..! KITA BONGKAR...!

Assalamualaikum....

Hamboi... Tajuk.. Taknak kalah...
sebelum tu, alhamdulillah berkat doa dan sokongan anda semua, berjaya juga akhirnya saya menjadi surirumah sepenuh masa.....
tiada lagi gopoh gapah di waktu pagi untuk hantar anak ke rumah mak ( sebab mak yang jaga kalau kami suami isteri bekerja), tiada lagi perlu menempuh kesesakan lalu lintas... Tiada itu tiada ini...!

Surirumah ( stay at home mom - SAHM) - apa yang best sangat....?

NOMBOR 1

Orang kata jadi surirumah seronok, hari hari leh layan telenovela.. Layan cerita korea... Layan HBO... Bla bla bla.... Realitinya, sesetengah daripada kami hanya berpeluang menonton Oggy & The Cockroaches, Dora The Explorer, Sofia The First, Upin Ipin, BoBoiboy, Hi-5, Ben10 dan yang sewaktu dengannya..... Hebat tak..? Mana ada peluang nak layan hero kegemaran kami, Jericho ke, Aaron Aziz ke, Shah Rukh Khan ke, sesiapa lah hero pujaan... Langsung tak berkesempatan.... SERONOK...! MEMANG SERONOK...! ( huhuhuu ada air mata keluar kat situ)

NOMBOR 2

Best la jadi surirumah, boleh rileks dan lepak je... Tidur sesuka hati... Tak payah bangun lambat... Ohoiiii...!!! Sesetengah daripada kami bangun sebelum subuh, terkejar kejar buat kerja rumah sebelum anak anak bangun, buat sarapan, bagi anak anak makan, masak, hantar anak ke sekolah, beli barang dapur.... Huhh kalau nak senaraikan sampai esok tak habis..! Tidur adalah selepas jam 12 malam tu pun kalau anak anak tidur awal, kalau ada yang jenis anak tidur pukul 2-3 pagi, lagila haru.... Tengah sedap tidur, tetiba pukul 3 pagi anak bangun nak susu, kena lah kami bangun buat susu.... Mana yang suami sudi bantu tu tahniah la ye..! Baru nak lelap, seorang lagi anak pulak bangun nak kencing lah, nak menyusu jugakla... Baru nak pejam mata, jam dah berbunyi... Kena cepat cepat bangun sebelum anak anak bangun...... Ye lah, anak anak ni kalau mereka dah bangun memang susah la kita nak buat kerja rumah... Pasti ada je hal mereka buat... Tak boleh fokus buat kerja rumah nanti..

NOMBOR 3
Bila ada yang kata "best surirumah leh makan macam macam.... Enjoy je..."

Ku gelak besar bersama titisan air mata...
Kahkahkah....... Enjoy lah sangat...
kalau saya, menjadi surirumah adalah waktu saya turun berat badan ( melainkan kalau suami ada dirumah tolong masak...)
mana nak sempat makan best best... Makan gopoh gapah ikut dan..... Makan apa yg ada... Dan disebabkan saya memang titikberatkan pemakanan sihat untuk anak anak maka saya pun terikut makan makanan mereka ( sup sup sup dan sup je la hari hari)..... Nangissssssss sebab kalau masih kerja konfem ku balun Burger, kepsi, spageti secret recipe, bla bla bla....


NOMBOR 4

Tak payah dengar bos membebel, tak payah nak rasa nervous (gementar) sebab kerja tak siap atau risau proposal tak diterima bos... Owhoiiii memang tak payah risau itu semua lagi tetapi hakikatnya, hari hari risau bila jadi surirumah.... Risau anak taknak makan, risau kalau anak demam, risau rumah bersepah tak kemas lagi..... Hahahahhahaa....risau bila anak jadi superkretif terjun tangga ke bawah... Ho ho ho...

NOMBOR 5

Bestla jadi surirumah, jimat... Tak payah beli baju tiap tiap bulan, tak payah beli kasut dan bag tangan 4-5 pasang.... Pakai baju simple je sebab duk umah je pun... Bukan pi kemana..
hahahhaa..... Betul..! Betul lah sangat...!! Bila jadi surirumah, pakaian wajib kebanyakkan kami adalah baju kelawar.... Hushhh... Terbang..!!!! Ahahahahaha..... Nampak..? Nak bersolek pun mmg tak sempat... Mandi pun kecebush kecebish je dah siap.... Mana taknye, tengah tengah sedap mandi tetiba anak dok ketuk pintu bilik air macam nak roboh... Takpun dok menangis cam kena dera kat depan pintu bilik air.... Huhuuuu (nangis air mata darah).....

So siapa kata jadi surirumah tu best...???
SAYA..!!!!! Saya tetap kata surirumh tu best sangat...!! Antara Nombor 1 hingga Nombor 5 tu kalau dibaca dengan fikiran negatif maka memangla negatif je yang kita nampak...

Saya suka sebab:-

# anak anak saya besarkan depan mata
# bangun malam menyusukan anak tu adalah nikmat tak terkata....
# anak menangis depan pintu bilik air...?  Oklah tu maknanya anak saya memang sayang mama dia sebab tu takleh berenggang
# pakai baju kelawar je...? Bergantung pada diri sendiri.... Saya boleh je bergaya dengan 4-5 beg tangan dan kasut serta jam tangan, baju pun pelbagai corak ada (tak percaya..? Tanya suami saya)..... Hahahahahhaa

Yang pasti bila jadi surirumah, HATI SAYA LEBIH TENANG...!!
Sebab saya rimas dengan kesesakan lalu lintas 5 hari seminggu...! Tension sebab kena habiskan 2 jam atas jalan semata mata..!
saya rimas bila terpaksa berhadapan dengan sesetengah pihak yang suka taichi sana sini kat opis.... Hahahahhaa... Sila terasa..

Duduk rumah saya lebih tenang sebab anak anak depan mata.... Suami pun saya leh bagi servis thorbaekkk..!!! Lalalalallaa....
dan yang paling best, hari hari leh mengaji dan solat sunat serta zikir lama lama tanpa alasan merapu..!!!!

Ok.. Ini blog saya...! Nanti kita sambung lagi..! Hidup saya.... Pengalaman saya..!!

Yang baik boleh ikut, yang mana tak baik jadikan sempadan k...

Salam sayang.


Monday 15 September 2014

Assalamualaikum....

Ohoiii lama sungguh tak update blog...
Dah penuh dengan sarang labah labah nampak gayanya.... Berdebu sokmo... Hahahaa

Minta maaf ye... Sebab agak padat jadual dengan coaching ahli ahli baru sebagai rakan bisnes....( nak join bisnes boleh whatsapp saya ye 016-6182386).

In Sha Allah lepas ni kita cuba update sekerap yang boleh..... Selamat malam semua...!

Sunday 13 April 2014

PROMO OSTEMATRIK - Bukan sekadar kalsium

Assalamualaikum...

Masih sempat lagi nak promo Ostematrik - gabungan kalsium dan magnesium yang sangat penting dan memenuhi keperluan kalsium badan manusia dewasa!

Kelebihan Ostematrix [sumber; Shaklee website]

OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Lambat saya umumkan kat blog ni.. tapi kawan2 FB tahu dah....sana cepat sikit infonya disebarkan...hihi....sbb tu customer2 sy mana dah tau..awal2 dah borong sorang 1set ostematrix terus... rugiiiii tak bli ostematrix time promosi ni.. ambil 1set sorang.. haaaa.. jimattttt....


siapa yang cari botol Ostematrix ni...
 
- ibu hamil...
-ibu menyusu yg nak BOOST susu....
-ibu2 menyusu tadi yg belikan utk mak mereka
-para suami yg belikan utk isterinya
-kwn2 sy yg belikan utk parents...
....kesimpulannya mmg best...best kan.. murah tapi kesannya.. amat mengujakan..

___fakta ringkas: OsteMatrix Membekalkan:
  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
Kaplet bersalut yang mudah ditelan
  • Sajian harian hanyalah sebanyak empat kaplet. Untuk hasil yang lebih baik, ambil dua biji kaplet, dua kali sehari berserta makanan.
Jadi tunggu apa lagi?
Jom dapatkan segera PROMOSI BELI 6 PERCUMA 1!!
 
Sms/call/whatsapp: 016-6182386
 
 

Jana pendapatan dari rumah dengan MUDAH

Assalamualaikum...

PERCAYA atau TIDAK??

Anda boleh memperolehi pendapatan sehingga 5 angka hanya dari rumah??

~ TIDAK PERLU keluar beli stok
~ TIDAK PERLU menyimpan stok
~ TIDAK PERLU modal BESAR
~ TIDAK PERLU buka kedai

Modal ???? Hanya RM65 SEUMUR HIDUP!!! dan TIADA yuran pembaharuan!!!!

Apa yang bakal anda NIKMATI??

** BONUS yang dibayar setiap bulan ( anda tentukan mahu 3 angka, atau 4 angka atau 5 angka )
** Pemberian CAR BONUS dalam bentuk wang ringgit
** Pakej UMRAH dan MELANCONG ke luar negara secara ekslusif
** Dapat menikmati semua produk Shaklee pada harga ahli
** Insentif BONUS KEPIMPINAN sehingga Level Ke 6
** Keuntungan jualan sehingga ratusan ringgit

MASIH TUNGGU LAGI????

Cepat bertindak!!! Ubah cara hidup ke arah BEBAS HUTANG dan LEBIH SENANG!!!!


Hubungi kami di talian 016-6182386

atau pm kami di Facebook : https://www.facebook.com/#!/ilyana.mohdmorhani

atau di FB page kami : https://www.facebook.com/#!/pages/Supermom-Health-Beauty/536344019786663

Thursday 26 December 2013

Tips HEBAT BERHENTI MEROKOK

Assalamualaikum...

Ini tips PENDEK sahaja.... Pendek dan ringkas...

TIPS BERHENTI MEROKOK ( ok, yang ini bukan dari mana mana profesional atau badan kesihatan...ini khas tips dari ayah saya sendiri - dahulunya PEROKOK TEGAR )

Ayah memang kuat merokok - sehari 2 kotak... tapi korang mesti ada yang lebih terer kan? 3 kotak sehari? walla weiii... banyak betol gaji korang, kan?

ok, untuk yang sayang diri sendiri dan sayang anak bini dan keluarga , meh akak nak share tips yang ayah akak kongsikan:-

TIPS HEBAT BERHENTI MEROKOK Pakcik MAt :-

1)   Bila kita dah ambik keputusan nak berhenti merokok tu, terus STOP!!!
      STOP Pandang rokok
      STOP beli rokok
      STOP pegang rokok
      STOP cakap pasal rokok

2)   Setiap kali nak keluar duit beli rokok, masukkan duit tu tadi dalam tabung, pastu tgk berapa banyak dah duit yang dapat dikumpul - yang ni paling kitorang suka sebab duit tu kitorang dapat beli cekelat... hahahaha...

3)   Bawak gambar anak bini yang chomel chomel tu sentiasa dengan korang...
    Kalau rasa nak merokok je, tengok gambar anak bini.... bayangkan kalau anak bini terpaksa menatap jenazah korang sebab korang dah meninggal akibat merokok!!!

4)   Ayah kata... kena kuat semangat!!! dan ahli keluarga kena sentiasa sokong!!!! ni paling penting!!

Haaa   tu dia .. pendek je tips tapi memang berhasil... kalau tak caya, hangpa leh cuba!!!

Kalau zaman dulu, kena gi kaunseling lah, gi makan nikotin gum lah... ubat lah... kunyah chewing gum lah... tapi sekarang ni tak payah !!!! sebab ada VIVIX!!! vivix ni memang bagus untuk buang toksin yang dah berkerak dalam badan perokok..

Vivix dari Shaklee ni sangat menjimatkan!!!! Hanya RM6 sehari dah boleh bantu si perokok terhindar dari toksin dan lama lama si perokok sendiri akan rasa nak muntah dengan bau asap rokok..

yang ni ramai dah feedback macam ni... alhamdulillah...

So, bagi sesiapa yang nak cuba VIVIX ni, boleh pm akak k...

FB: ilyana mohd morhani
FB Page : Supermom Health & Beauty
Blog : www.ilyanamorhani.blogspot.com
phone : 016-6182386
Shaklee ID : 890838



Monday 23 December 2013

Cari Side Income / duit poket / duit sampingan

Assalamualaikum...

Entri ni pendek je ye kawan kawan... sebab admin dah mengantuk tapi kena jugak share sebab ni benda baik.. ( benda baik kenala share bersama, ye tak ?)

Ok, kali ni admin nak tanya berapa ramai kat sini yang memang rasa dah cukup dah gaji yang sedia ada untuk tampung perbelanjaan harian? dapat bagi mak ayah sekurang-kurangnya RM500 sebulan ? ( kawan, kena weii bagi kat mak ayah sebab jasa mak ayah melahirkan dan membesarkan kita tiada tandingnye weihh )...siapa yang dapat menyimpan untuk kecemasan di masa depan sekurang-kurangnya RM500 sebulan? siapa yang dapt itu..dapat ini..blabla bla bla bla bla...
kalau nak senaraikan memang panjang wish list tu nanti....

Kepada yang berjaya... tahniah! Anda tak perlu teruskan pembacaan.... gi baca entri yang lain ye..
Kepada yang tidak (belum) mampu, meh saya nak kongsi cerita....

Saya, kelulusan ijazah (lulus dengan cemerlang) dan kerja sebagai Penolong Pengurus, tapi masih lagi sibuk nak cari side income... sebab apa? sebab pada saya selagi ada ruang untuk majukan diri dan boleh dapat duit cara halal, kenapa tak cuba? kan?
Lagipun, dengan bisnes sampingan ni, akan saya jadikan bisnes sepenuh masa sebab saya dapat luang lebih banyak masa dengan anak2...dapat tengok anak2 saya membesar depan mata sendiri.... dapat jaga makan minum suami....dapat bawak mak ayah gi medical check up bila-bila masa...

Ok, meh saya berterus terang... saya buat bisnes SHAKLEE.....

Kenapa saya pilih SHAKLEE?

~ Modal tak banyak - hanya RM65 je SEUMUR HIDUP tau! Kalau korang rasa mahal tu terpulanglah ye..
~ Bisnes ni tak memerlukan saya pergi hadir ke mana mana kelas di waktu malam atau hujung minggu ( semua kelas dilakukan secara online : fb lah, whatsapp lah, telefon la ) , so sambil masak, sambil tgk tv pun boleh berbisnes..
~ sistem Shaklee ni CANGGIH sebab pembelian barang secara ONLINE jadi, saya tak payahla nak bersusah payah redah jalanraya dan pening cari parking untuk beli barang... senang je, order pakai online...
~ TAK PAYAH simpan stok... maknanya, tak perlu nak ada modal pusingan beribu riban semata-mata untuk berjaya dalam bisnes ni.... seronok hokehh!!! rumah pun tak bersepah dengan barang...lalalaallaa...
~ Saya lebih berilmu pengetahuan pasal kesihatan ( ni yang paling saya suka..) ,  kalau dulu tak tahu pun apa itu SLE, apa itu hernia, apa itu psoriasis...sekarang dah tahu...dulu tak tahu pun teknik penyusuan yangbetul tapi sekarang dah hebat ( chewaahhhh meluat...)
~ masa saya lebih banyak dengan anak2 dan suami...sebab bisnes ni saya buat dari rumah...so 24jam saya dengan keluarga..
~ Keuntungan dan bonus? ada..... jap lg saya tulis...
~ Yang PENTING, saya rasa lebih aman dan bebas dan gembira...sebab ni bisnes saya so saya punya sukalah...hahahhaha

okay... ni antara bonus yang Shaklee bagi ( sebahagiannye je saya senaraikan...nak tahu lebih kenalah join ahli )....lalalallala:-

1) Bonus peribadi sehingga 21%
2) Bonus jualan tiada had ( sebab ikut berapa banyak jualan u all buat)
3) Bonus kereta
4) Bonus kepimpinan sehingga Level 6
5) Bonus kenaikan pangkat
6) Bonus Coordinator
7) Bonus Master
8) Pakej UMRAH taraf VVIP secara PERCUMA
9) Pakej melancong luar negara taraf VVIP secara PERCUMA
10) Pakej penginapan di hotel terkemuka secara PERCUMA semasa National Conference

Best ke tak tu terpulanglah korang nak tentukan..

Saya mula join Shaklee November 2012... Bonus pertama saya hanya RM20++, target saya cuma nak RM200 je sebulan - buat lepas bayar hutang PTPTN...
Tapi alhamdulillah...sekarang dah 4 angka, hutang PTPTN dah selesai ( dalam masa setahun je tau, dah langsai dah hutang PTPTN ).... dan sekarang nak bantu lebih ramai kawan-kawan untuk sama sama merubah hidup!!!

HIDUP LEBIH BERMAKNA!!!!

Kalau rasa tercekik dengan kenaikan harga baraang, kenaikan harga tol, kenaikan harga petrol...tapi gaji masih tak naik2 dan bonus pun sikit, tak payah la nak serabut fikir panjang2... meh join saya meh..

Dalam kumpulan saya , senang je... " Kalau u nak, saya bantu sampai berjaya! Tapi kalau taknak, boleh bla..." hahahahahha...

takde lah... bukan macam tu... tapi memang saya akan 'pimpin' sorang sorang sampai berjaya... sampai income sampingan melebihi income saya sekarang!!!

Sebab saya buat ni untuk kepuasan bukan untuk kaya ( sebab saya taknak kaya, cukup makan pakai dah ler )...

Jadi, siapa yang rasa "owh, inilah masanya untuk aku BERUBAH!!! Inilah takdir aku sebab dah jumpa Supermom!!" meh hubungi saya.... saya sedia membantu....

so, nak? nak? nak kan?
dah...tak payah berlengah lagi.... hubungi saya di 016-6182386...

ok, Assalamualaikum....

( ku bukan nak kaya, tapi cukuplah puas membantu orang berjaya ).... aminnn

Ilyana
Shaklee ID : 890838





Tuesday 17 December 2013

PENJAGAAN SELEPAS KELAHIRAN SECARA CEASARIAN PART 2

Assalamualaikum......

Lama sangat rasanya tak menulis di blog Supermom ni... Sibuk update Facebook Page yang baru...
Supermom Health & Beauty ... so kepada rakan rakan Supermom Blog, lepas ni boleh 'LIKE' ramai ramai ye FB page yang disebut di atas.

Sebenarnya ramai yang bertanyakan soalan penjagaan selepas czer... sebab ramai yang tak yakin dan tak tahu macam mana nak jaga.... ( ok, pastikan korang dah baca yang part 1 ye )....

Di bahagian ni, cuma saya nak kongsi kan supplemen yang saya amalkan selepas czer yang menjadikan diri saya lebih sihat malah dua minggu selepas czer saya dah boleh memasak dan buat kerja kerja rumah tanpa bantuan sesiapa...

Di bawah ni saya nyatakan Supplement yang saya ambil ye:

1) ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) :-
    ~ ESP mengandungi asid amino yang berfungsi untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ dan kulit serta lain lain. Untuk pengetahuan ibu ibu, wanita yang hamil dan melahirkan sememangnya akan mengalami kemerosotan hormon dan kekurangan zat kerana kebanyakkan telah di serap / disalurkan kepada bayi ketika hamil dan selepas bayi dilahirkan.
Tidak hairanlah kenapa kebanyakkan ibu akan mengalami masalah botak, gemuk, kuku rosak, gigi reput, sakit tulang dan sebagainya selepas melahirkan.
ESP dengan kandungan asid amino dapat mengatasi masalah tersebut dan telah dibuktikan secara klinikal.
    ~ Memperbaiki pigmentasi dan masalah 'stretch mark' yang selalu dialami oleh ibu ibu hamil disebabkan oleh perubahan hormon dan kulit nipis/halus. Ekstrak protin di dalam ESP ini sangat jelas dan mencukupi dari segi kandungan sehari kerana takur ada orang yang teguk sekaligus cam dah abih je....
    ~ Disebabkan ESP ni adalah protein yang padu, maka ia dapat bekalkan tenaga maksimum kepada badan terutama yang baru lepas menjalani pembedahan....(huhhh cabaran seyy nak bangun tiap tiap pagi, sakit kot kat perut,..ada yang tak rasa sakit tapi rasa keras je perut )...so ESP membantu supaya badan bertenaga..
    ~ Protein dalam ESP ni jugak membantu sel sel badan terhasil dengan lebih cepat, maka, luka jahitan (dimana perut kita sebanyak 7 lapisan dah dibelah) akan sembuh dengan segera ( luar dan dalam ye)...sebab kalau kita hanya makan pati ikan haruan je, luka penyembuhan hanya di bahagian luar hokehh...
   ~ Memberi rasa kenyang yang berpanjangan.... jadi saya kurang makan nasi, so senang nak turunkan berat badan... lalalalalala

2) ALFALFA :-
    ~ ni kegemaran ( feveret ) saya sampailah ke hari ni.... POWERRR!!!!
Makan alfalfa ni tak banyak pun.... beberapa bijik je sehari tapi SUSU BADAN BANYAK sangat sangat.... sampai breast rasa penuh je... dapat pam dan simpan untuk stok anak...
    ~ Lagi satu.. ( hok ni rahsia weihh ).... tapi nak share gok... alfalfa ni mampu menganjalkan buah dada dan punggong... sesetengah orang apabila mengandung dan menyusukan anak, nanti buah dada akan layut dan kendur... punggong pun menggeleber jer.. ( auwww seram mak)... tapi kalau konsisten amal alfalfa ni.... WOWWWW!!!! anda akan rasa ANDALAH WANITA HEBAT di mata suami!!!
( rahsia ikat suami kot ni... hahaha, takyah bagi nasi kangkang ke hape semua...tu semua dosa k)..
    ~ Membakar lemak - secara tak langsung, badan anda akan cepat hilang lemak dan berat turun!! takyah membazir beli produk mahal mahal kat luar nun!
    ~ Buang toksin : ni best sebab kebanyakkan ibu yang kena czer, akan mengalami masalah sakit kepala dan sakit sakit urat...  tau tak salah satu puncanya adalah toksin banyak sesangat dalam darah...so, alfalfa ni akan bantu serap dan singkir segala toksin yang ada....
Haaaa... secara tak langsung, susu yang bayi hisap tu pun lebih sihat!!!

3) OSTEMATRIK:-
    ~ yang ni saya suka dan saya memang amal sampai hari ni jugak... sebab saya tak suka minum susu...hahahahhaa....
     ~ ni adalah gabungan kalsium dan magnesium ( magnesium tu membantu penyerapan kalsium ke dalam badan dengan lebih maksimum dan cepat sebab kalsium ni tersangat sensitif..kalau lambat diserap dalam badan, kalsium akan cepat 'hilang' so badan takkan dapat kuantiti kalsium yang sepatutnya )
    ~ saya mengalami keguguran rambut yang teruk lepas bersalin - dah HAMPIR BOTAK!!!! dan tulang belakang saya tak kuat sebab masa pregnant anak pertama, saya mengalami slip disc ( sila tanya encik google ye ), so kalsium teramatlah penting untuk saya...
Lepas amal OSTEMATRIK ni, rambut dah kurang gugur dan tulang belakang dah tak sakit lagi...yang lagi best! Saya dah tak perlu pergi hospital untuk fisioterapi!! Yeayyyy!!!
    ~ Untuk ibu ibu yang selalu kejang kaki pun boleh ambik ostematrik ni... TERBAIKLAH kesannya...

4) VITALEA :-
    ~ ni multivitamin.... memang hospital ada bagi jugak tapi tak berapa berkesan dengan saya...so saya ambik la Vitalea Shaklee ni..
    ~ Saya ni orang berdarah rendah... kalau kat tempat kerja, kejap kejap rasa nak pitam...
so, lepas amal vitalea ni, alhamdulillah sekarang saya dah ok dah....aminnnn, syukur..
Mana taknya, kerja saya ni kena berjalan ke hulu hilir dan panjat sana sini..bahaya woo kalau tetiba pitam...
    ~ Ni pun bagus untuk tambah darah (hb) ibu ibu sama ada yang sedang hamil atau yang dalam pantang..

5) ZINK :-
    ~ ok, last sekali, saya ambik zink....ni memang TERBAIK bagi ibu ibu yang bersalin secara cesaerian ( pembedahan )...
    ~ zink ni cepat sembuhkan luka dalaman dan luaran... serious, lepas 2 minggu saya bersalin, jahitan kat perut terbuka 1 cm lebar dan 1 cm dalam ( bayangkan.... perit wooooooo )...
So, doktor tak bg apa apa ubat selain antibiotik sebab takut ada jangkitan, jadi saya tak tahan sakit... saya makan zink...
    ~ Dalam masa kurang 2 minggu luka yang terbuka tadi dah baik... lalalalla... alhamdulillah...
    ~ Sebenarnya zink ni pun bagus untuk menggalakkan pertumbuhan anak rambut tau... kalau tak percaya, cubalah... murah je..

Ok kawan kawan Supermom, saya dah share rahsia saya...
nak tips lebih banyak? contohnya macam mana nak berbengkung semasa berpantang selepas czer atau tips tips lain, boleh pm ye...

Ha... kalau korang pun nak produk yang sama yang saya ambil di atas ni.. ( in Sha Allah, hasilnya memang menakjubkan tau ), boleh pm saya okay..

FB saya : Ilyana Mohd Morhani
FB Page : Supermom Health & Beauty
Tel/sms/whatsapp : 016-6182386

Inform kat situ, anda dapat info melalui blog saya, saya bagi harga diskaun sebanyak 20% ( banyak tuuu...) FREE postage lah opkos!!!
Ada FREE GIFT jugak ( tapi limited sebab stok Free Gift ni dah tinggal sikit )... lalalalalala

So, mai la pm hakak.... boleh hakak bagi hadiah..

Assalamualaikum... jaga diri ye kawan kawan...

Wednesday 14 August 2013

Salam Lebaran...

Assalamualaikum semua rakan-rakan SuperMom Blog....

Salam Lebaran 2013 untuk semua...
Minta maaf sangat-sangat sebab lambat ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013..

Al-maklumlah.... tahun ni agak berlainan pengisian Ramadhan berbanding tahun-tahun sebelum...
Tahun ni Alhamdulillah dipenuhi dengan solat sunat, zikir, mengaji dan yang best sekali membantu rakan-rakan menyelesaikan masalah penyusuan semasa puasa, masalah berat badan dan masalah kesihatan yang lain....
Tak lupa juga diberi kesempatan berbuka puasa dengan anak-anak yatim...
Syukur ya Allah.....

Ok, apa cerita kawan-kawan semua? Best ke raya tahun ni?
Saya biasa-biasa je.... sedang dalam usaha untuk lebih bersederhana... membantu mereka yang memerlukan.... In Sha Allah....

Sampai sini dulu ( pendek je ye.... aisshhh )...
Nanti kita sambung lagi okayy...

Assalamualaikum....

Saturday 13 July 2013

Cantik Luar, Cantik Dalam...Cantik sana sini....

Assalamualaikum....

Fuhhh.. baru settle kemas rumah dan lipat kain bertimbun...
Tiba-tiba mata tak boleh nak lelap....termenung sana sini pun masih jugak tak boleh nak lena..
Jadinya, teringat pulak kat kawan kawan SuperMom Blog...

So, entri kali ni nak share pasal "Cantik"....Luar dalam sana sini....semua cantik...

Ok, dulu arwah tok selalu pesan...nak cantik ni senang je...hati kena bersih..
tak boleh dengki dengan orang lain...kena bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi pada kita...Suami saya pon selalu ingatkan saya...jangan KUFUR NIKMAT.....
Buat baik dengan orang, in Sha Allah ganjaran Allah akan lebih dari yang disangka...
Bila hati kita tenang dan bersih...secara automatik terpancar seri kat muka...
badan pun jadi lebih bertenaga sebab aura positif tu ada...

Nak cantik luar? Taknak jerawat batu atau jerawat besi membiak kat muka?
Ni cadangan saya - berdasarkan feedback customer yang telah mencuba ye...

Customer A : " Lepas guna produk ni, jerawat yang dulu bernanah dah kering..sekarang tinggal nak hapuskan kesan jerawat je...blablabla...."

Customer B : " Jimat sangat pakai produk ni.... Walaupun memula bayar macam mahal tapi sebenarnya pakai sampai 6 bulan pon tak habis.... seronok seronok seronok.."

Customer C : " Lepas je bersalin anak pertama, muka teruk giler...jerawat, jeragat semua ada..sampai cik abe pon komplen... nasib baik ada produk nih.. muka lebih berseri, shining shining gitew.."

Customer D : " Dulu badan penuh jerawat kat bahagian bahu...sekarang ni dah takde dah...licin je dah badan....fuhhh, cayalah kak! produk yang akak introduce ni memang BEST!..."

Ok, cukuplah saya bagi testimoni daripada 4 customer saya dulu...kang bagi semua kang, tercabut lak keypad ni...hahahahhaa....

Mesti ramai yang nak tahu kan, produk apanye yang saya dok cakap ni?
Produk ni saya panggil PRODUK AJAIB! Iyeee...memang ajaib sebab nya bukti kat diri saya pulak, bukan setakat liang pori mengecil, muka memang glowing glowing shining gitew...siap ada orang hairan apsal muka saya kemerahan (atau nama lainnya berseri-seri)...
Hahahaha...tak percaya? tu tengok gambar kat blog tu... ada seri gitew kan? sejuk mata memandang... chewahhh perasan!
Lepas tu yang lagi best pasal produk ni...rekahan tumit pon dah takde...dulu macam nak terkoyak dah tumit kaki ni hah...sekarang tumit siap warna pink giteww...auwww..jangan jeles beb!

Nak tahu produk apa? nak ?
Tentulah produk SHAKLEE.... nak tahu produk yang mana satu?
Hahahaa... psssttt, yang tu rahsia hokehhh... takleh bagitau kat sini...
Nak cuba? Meh pm akak meh... takpun leh sms atau whatsapp yer...
ni kan rahsia...mana leh bagitau terang-terangan... hihihihih....

So, sesiapa yang nak dapatkan produk BEST TERBAIK HEBAT AJAIB ini... boleh hubungi saya di :

Facebook : Ilyana Mohd Morhani
Tel : 0166182386

Jangan malu2...jangan segan2...
kalau MALU rugi oiii....

Tatatititutu....

Wednesday 10 July 2013

***** Salam Ramadhan *****

Assalamualaikum....

Apa khabar rakan-rakan SuperMom Blog?
Pertama sekali, saya nak ucapkan Selamat berpuasa dan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak!
Maaf sebab lewat memberi ucapan Salam Ramadhan...al-maklumlah, SuperMom lah katakan...
hihihihi... :-)

Apa persediaan Mama mama semua?
Dah ada yang rasa letih melampau ke pada hari pertama puasa ni?
Mana nak masak untuk berbuka, nak uruskan anak-anak, nak uruskan rumah...
pada yang bekerja tu, nak rushing ke tempat kerja, balik kerja lambat, jalan jammed..tension woo...
Nak bangun awal untuk sahur lagi... adoyai.... tu kalau tengok dari segi negativenya, memang rasa nak mengeluh je kan?
Tapi cuba kita tengok dari sudut positif nye...
Rasa best sangat kan sebab berkorban tenaga dan masa untuk keluarga yang paling berharga bagi diri kita, kan? kan? kan?

Ala.. saya pon kadang-kadang macam anda semua jugak...kejap mengeluh, lepas tu ok balik...
Tapi yang PENTING ... sebagai isteri dan Mama kepada dua orang anak kecil yang sangat aktif, saya kena lah sentiasa berTENAGA dan TAK PENAT...

Alhamdulillah...
Walaupun saya sedang dalam program diet sebab nak buang lagi 5 kilo lemak yang mengada-ngada ni, tapi saya tetap rasa bertenaga....hehehhee...

Nak tahu RAHSIA? takde rahsia apa pun.... macam yang biasa saya pernah kongsi sebelum ni..
tentulah SHAKLEE.... :-)

Untuk semua rakan SuperMom yang nak dapatkan produk Shaklee pada bulan Ramadhan ni, boleh pm atau sms ke 0166182386, cari saya di facebook pun boleh yer... FB: Ilyana Mohd Morhani

Oklah, nak tahu lebih lanjut pasal produk terbaik ni?
In Sha Allah akan dikongsikan bersama nanti....

Salam Ramadhan semua.....

** Saya adalah pengedar sah Shaklee : ID-890838

Tuesday 2 July 2013

Khas untukmu... Ibu ibu muda....

Assalamualaikum...

Entri kali ni khas untuk wanita wanita yang pertama kali bergelar "IBU"...
( sekali lagi yer... segala bentuk penulisan adalah berdasarkan pengalaman sendiri...takde mendapat pengesahan mana mana pihak okayy ).

Ok, ibu-ibu sekalian..... apa khabar?
Ada yang dah selamat melahirkan...dan pasti juga ada yang sedang menunggu saat kelahiran, kan?
Tak kurang juga yang runsing dengan karenah anak kecil yang menangis di waktu malam..
dan yang susah hati sebab susu badan sikit..betul tak? Anda jawab je dalam hati ye...
hmmm.. tengok, ada yg tersenyum sendiri...

Pengalaman saya...
Masa pregnen kali pertama...alhamdulillah..seronok sangat....
perasaan dia tak boleh nak digambar dengan kata-kata...pregnant kali kedua pun sama jugak..betul tak?

Jadi di sini saya nak share tips sikit ye...harap dapat membantu...

1) Banyakkan solat sunat dan membaca al-quran ( bagi yang Muslim )
2) Antara surah yang menjadi amalan harian saya ialah surah Yaasin, Maryam dan Yusof..
    Tapi alhamdulillah segala urusan kelahiran dipermudahkan Allah untuk saya dan anak-anak saya MasyaAllah...cantik, comel dan hensem.. tak percaya? gi tgk kat fb saya... hihihi...
3) Pastikan kebersihan diri dan pemakanan dijaga dengan betul...tak payahla makan makanan ringan ke fast food ke...kalau teringin, makan sikit je...sebab benda2 ni tak berapa elok untuk otak bayi ye...
4) Apabila anak dah lahir....selalulah dengarkan bacaan al-quran kat anak tu dari baby sampai besar...
    In Sha Allah...terang hatinya dan lembut juga hatinya...
5) Peluk dan cium anak selalu sebab itu dapat mengeratkan lagi hubungan dengan anak dan menjadikan anak lebih berkeyakinan diri..
6) Kalau ada anak yang kerap menangis...jangan tension, jangan marah....sebab anak2 ni sedang berdoa dan berselawat untuk kita... TAPI... kena lah check jugak takut perutnya kembung ke, badannya sakit ke...lapar ke...
7) Sebaik-baiknya susukan anak dengan susu badan selama boleh.... - boleh tgk tips banyakkan susu badan ye..
8) bercakaplah dengan anak SEKERAP yang boleh sebab dengan cara ini, anak akan lebih cepat bercakap dan tidak pelat..

** Untuk dapatkan SUPPLEMENT TERBAIK bagi tambah susu badan dan jadikan susu badan lebih pekat, boleh hubungi saya....

facebook : ilyana mohd morhani
sms/whatsapp: 0166182386

### Anda akan mendapat PERCUMA rundingan dan PENGHANTARAN.....####