Tuesday 17 December 2013

PENJAGAAN SELEPAS KELAHIRAN SECARA CEASARIAN PART 2

Assalamualaikum......

Lama sangat rasanya tak menulis di blog Supermom ni... Sibuk update Facebook Page yang baru...
Supermom Health & Beauty ... so kepada rakan rakan Supermom Blog, lepas ni boleh 'LIKE' ramai ramai ye FB page yang disebut di atas.

Sebenarnya ramai yang bertanyakan soalan penjagaan selepas czer... sebab ramai yang tak yakin dan tak tahu macam mana nak jaga.... ( ok, pastikan korang dah baca yang part 1 ye )....

Di bahagian ni, cuma saya nak kongsi kan supplemen yang saya amalkan selepas czer yang menjadikan diri saya lebih sihat malah dua minggu selepas czer saya dah boleh memasak dan buat kerja kerja rumah tanpa bantuan sesiapa...

Di bawah ni saya nyatakan Supplement yang saya ambil ye:

1) ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) :-
    ~ ESP mengandungi asid amino yang berfungsi untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ dan kulit serta lain lain. Untuk pengetahuan ibu ibu, wanita yang hamil dan melahirkan sememangnya akan mengalami kemerosotan hormon dan kekurangan zat kerana kebanyakkan telah di serap / disalurkan kepada bayi ketika hamil dan selepas bayi dilahirkan.
Tidak hairanlah kenapa kebanyakkan ibu akan mengalami masalah botak, gemuk, kuku rosak, gigi reput, sakit tulang dan sebagainya selepas melahirkan.
ESP dengan kandungan asid amino dapat mengatasi masalah tersebut dan telah dibuktikan secara klinikal.
    ~ Memperbaiki pigmentasi dan masalah 'stretch mark' yang selalu dialami oleh ibu ibu hamil disebabkan oleh perubahan hormon dan kulit nipis/halus. Ekstrak protin di dalam ESP ini sangat jelas dan mencukupi dari segi kandungan sehari kerana takur ada orang yang teguk sekaligus cam dah abih je....
    ~ Disebabkan ESP ni adalah protein yang padu, maka ia dapat bekalkan tenaga maksimum kepada badan terutama yang baru lepas menjalani pembedahan....(huhhh cabaran seyy nak bangun tiap tiap pagi, sakit kot kat perut,..ada yang tak rasa sakit tapi rasa keras je perut )...so ESP membantu supaya badan bertenaga..
    ~ Protein dalam ESP ni jugak membantu sel sel badan terhasil dengan lebih cepat, maka, luka jahitan (dimana perut kita sebanyak 7 lapisan dah dibelah) akan sembuh dengan segera ( luar dan dalam ye)...sebab kalau kita hanya makan pati ikan haruan je, luka penyembuhan hanya di bahagian luar hokehh...
   ~ Memberi rasa kenyang yang berpanjangan.... jadi saya kurang makan nasi, so senang nak turunkan berat badan... lalalalalala

2) ALFALFA :-
    ~ ni kegemaran ( feveret ) saya sampailah ke hari ni.... POWERRR!!!!
Makan alfalfa ni tak banyak pun.... beberapa bijik je sehari tapi SUSU BADAN BANYAK sangat sangat.... sampai breast rasa penuh je... dapat pam dan simpan untuk stok anak...
    ~ Lagi satu.. ( hok ni rahsia weihh ).... tapi nak share gok... alfalfa ni mampu menganjalkan buah dada dan punggong... sesetengah orang apabila mengandung dan menyusukan anak, nanti buah dada akan layut dan kendur... punggong pun menggeleber jer.. ( auwww seram mak)... tapi kalau konsisten amal alfalfa ni.... WOWWWW!!!! anda akan rasa ANDALAH WANITA HEBAT di mata suami!!!
( rahsia ikat suami kot ni... hahaha, takyah bagi nasi kangkang ke hape semua...tu semua dosa k)..
    ~ Membakar lemak - secara tak langsung, badan anda akan cepat hilang lemak dan berat turun!! takyah membazir beli produk mahal mahal kat luar nun!
    ~ Buang toksin : ni best sebab kebanyakkan ibu yang kena czer, akan mengalami masalah sakit kepala dan sakit sakit urat...  tau tak salah satu puncanya adalah toksin banyak sesangat dalam darah...so, alfalfa ni akan bantu serap dan singkir segala toksin yang ada....
Haaaa... secara tak langsung, susu yang bayi hisap tu pun lebih sihat!!!

3) OSTEMATRIK:-
    ~ yang ni saya suka dan saya memang amal sampai hari ni jugak... sebab saya tak suka minum susu...hahahahhaa....
     ~ ni adalah gabungan kalsium dan magnesium ( magnesium tu membantu penyerapan kalsium ke dalam badan dengan lebih maksimum dan cepat sebab kalsium ni tersangat sensitif..kalau lambat diserap dalam badan, kalsium akan cepat 'hilang' so badan takkan dapat kuantiti kalsium yang sepatutnya )
    ~ saya mengalami keguguran rambut yang teruk lepas bersalin - dah HAMPIR BOTAK!!!! dan tulang belakang saya tak kuat sebab masa pregnant anak pertama, saya mengalami slip disc ( sila tanya encik google ye ), so kalsium teramatlah penting untuk saya...
Lepas amal OSTEMATRIK ni, rambut dah kurang gugur dan tulang belakang dah tak sakit lagi...yang lagi best! Saya dah tak perlu pergi hospital untuk fisioterapi!! Yeayyyy!!!
    ~ Untuk ibu ibu yang selalu kejang kaki pun boleh ambik ostematrik ni... TERBAIKLAH kesannya...

4) VITALEA :-
    ~ ni multivitamin.... memang hospital ada bagi jugak tapi tak berapa berkesan dengan saya...so saya ambik la Vitalea Shaklee ni..
    ~ Saya ni orang berdarah rendah... kalau kat tempat kerja, kejap kejap rasa nak pitam...
so, lepas amal vitalea ni, alhamdulillah sekarang saya dah ok dah....aminnnn, syukur..
Mana taknya, kerja saya ni kena berjalan ke hulu hilir dan panjat sana sini..bahaya woo kalau tetiba pitam...
    ~ Ni pun bagus untuk tambah darah (hb) ibu ibu sama ada yang sedang hamil atau yang dalam pantang..

5) ZINK :-
    ~ ok, last sekali, saya ambik zink....ni memang TERBAIK bagi ibu ibu yang bersalin secara cesaerian ( pembedahan )...
    ~ zink ni cepat sembuhkan luka dalaman dan luaran... serious, lepas 2 minggu saya bersalin, jahitan kat perut terbuka 1 cm lebar dan 1 cm dalam ( bayangkan.... perit wooooooo )...
So, doktor tak bg apa apa ubat selain antibiotik sebab takut ada jangkitan, jadi saya tak tahan sakit... saya makan zink...
    ~ Dalam masa kurang 2 minggu luka yang terbuka tadi dah baik... lalalalla... alhamdulillah...
    ~ Sebenarnya zink ni pun bagus untuk menggalakkan pertumbuhan anak rambut tau... kalau tak percaya, cubalah... murah je..

Ok kawan kawan Supermom, saya dah share rahsia saya...
nak tips lebih banyak? contohnya macam mana nak berbengkung semasa berpantang selepas czer atau tips tips lain, boleh pm ye...

Ha... kalau korang pun nak produk yang sama yang saya ambil di atas ni.. ( in Sha Allah, hasilnya memang menakjubkan tau ), boleh pm saya okay..

FB saya : Ilyana Mohd Morhani
FB Page : Supermom Health & Beauty
Tel/sms/whatsapp : 016-6182386

Inform kat situ, anda dapat info melalui blog saya, saya bagi harga diskaun sebanyak 20% ( banyak tuuu...) FREE postage lah opkos!!!
Ada FREE GIFT jugak ( tapi limited sebab stok Free Gift ni dah tinggal sikit )... lalalalalala

So, mai la pm hakak.... boleh hakak bagi hadiah..

Assalamualaikum... jaga diri ye kawan kawan...

2 comments:

  1. kenapa bsalin operate ek..supplement shaklee x boleh mbntu bsalin normal ke

    ReplyDelete
  2. Bersalin operate yang pertama sebab Slip Disc dan bersalin operate yang kedua sebab Placenta Previa Type 4.
    Dalam kedua dua kes ni, ambik supplemet apa pun tak dapat membantu sis... cuma dapat membantu selepas bersalin sahaja.. :-)

    ReplyDelete