Wednesday 26 December 2012

Cantik dengan COLLAGEN

Assalamualaikum...

Entri saya kali ni, nak kongsi pasal COLLAGEN...
Mula mula tu nak tunjuk kat kawan kawan Supermom Blog....
Jap ek...jap...



Haaaa.... tu dia...itu lah COLLAGEN saya yang baru saya terima pagi tadi...ngeh ngeh ngeh..
Pasni jangan jeles k kalau muka i bersinar glowing glowing shining shining....

APA TU?  haa...itulah Collagen Powder yang diciptakan khas oleh SHAKLEE untuk sesiapa yang inginkan kulit yang gebu, halus dan bersinar berseri...

Meh saya nak share sikit pasal COLLAGEN SHAKLEE ni...
Collagen Shaklee diperoleh daripada sisik ikan merah yang terbaik sahaja..
Sisik Ikan Merah (RSS) ini membekalkan 4000 mg collagen 'RSS proprietari' dan merupakan collagen PREMIUM yang tahan lasak..! Maknanya macam ni, walaupun ikan merah tu duduk dalam air laut dan sisiknya dihentam oleh tekanan air disekeliling, collagen yang terdapat pada ikan merah itu tidak akan termusnah....haaa, best kan?

Yang menjadikan COLLAGEN SHAKLEE ini lebih HEBAT lagi ialah selain RSS, Collagen ini juga ditambah dengan 7 lagi BAHAN AKTIF iaitu:
* Ekstrak biji Camelia Japonica
* Esktrak Pfaffia
* Collagen Ikan
* Ekstrak Kulit Kerangan Laut
* Lactobasillus Acidophilus
* Vitamin C dan
* Vitamin B2 & B6
Kesemua gabungan 7 bahan aktif bersama-sama collagen ini akan memberikan PENYERAPAN UNGGUL kepada tubuh badan seseorang..

Apakah KEISTIMEWAAN Collagen SHAKLEE ??
Meh saya bahagikan KEISTIMEWAAN collagen SHAKLEE ni kepada 3 bahangian:

1) Yang PERTAMA: Memberi KESAN KEANJALAN
  Kandungan ekstrak kulit kerangan laut, collagen ikan dan Lactobasillus acidophilus menyokong pembentukan tisu-tisu penghubung iaitu elastin, collagen dan fibroblast.
Haaa...apabila tisu tisu ini dibentuk dengan sempurna, maka kulit akan jadi lebih anjal setelah tisu tisu dan sel sel mati diganti dengan yang baru dengan kadar segera! Maka kulit akannampak lebih muda remaja, tegang (anjal) dan berseri seri....takldela orang nak nampak kerepot je kan ?
Hmm.. ni umur baru 26 Tahun, orang dah panggil Makcik..TERCABAR  tak?

2) Yang KEDUA : PENGHIDRATAN
   Ekstrak biji Camelia Japonica dan ekstrak pfaffia menyokong pembentukan collagen dan asid hialuronik. Asid hialuronik ini membantu dalam pembentukan sel tisu kulit dan akan terhapus jika kulit terdedah lama pada matahari atau cahaya UV. Oleh itu, dengan adanya collagen ini, dapat membantu memaksimumkan kadar pembentukan sel sel yang mati akibat terdedah pada cahaya matahari terlalu lama.

3) Sebagai ANTIOKSIDAN
    Collagen SHAKLEE ini sangat unik sebab dalam collagen ini juga sudah pun digabungkan dengan Vitamin asas untuk kecantikan iaitu Vitamin C, B2 & B6.
Ini dapat membantu dalam penghasilan collagen danmelawan radikal bebas.
Maka, kulit akan kekal awet muda !!

Haaa...nampak ? nampak? Betapa BAGUS nya collagen shaklee ni.. Saya sudah pun mula mencuba peket pertama...Saya minum campurkan dengan air oren twister...takde rasa apa pun...

Ok, jika anda TIDAK MAHU dipanggil MAKCIK pada usia yang masih muda atau TIDAK MAHU kelihatan 10 tahun lebih tua dari umur anda sekarang...belum terlewat untuk anda sedar dan BERTINDAKLAH sekarang....
Nanti orang lain semua dah awet muda...anda seorang je yang  masih berkulit kusam...haaa, betul tak? Time tu nak menyesal pun tak guna...

Jadi, jgn lah ragu ragu atau dok terpikir lagi...smsm/pm/whatsapp saya untuk keterangan lanjut///

Ok, saya nak tido dululah selepas meneguk segelas twister oren campur COLLAGEN Shaklee...
Assalamualaikum...

Saya adalah pengedar sah SHAKLEE ( ID 890838)
Untuk keterangan lanjut, hubungi saya di:

Facebook : ilyana mohd morhani
BLog: www.ilyanamorhani.blogspot,com
*tel : 0166182386

Tuesday 25 December 2012

Berita Baik dari MEALSHAKE

Assalamualaikum...

Wow...sebelum saya mula dengan entri kali ni..just nak share, terkojut den sebab tetiba dapat message kat facebook dari seseorang yang berada di Filipina, minta saya buat blog dalam Bahasa Inggeris...Cik Puan Filipina ni ada maid dari Malaysia so maid dia lah yang tolong jadi jurubahasanya..
Adoiyai...tgklah ye, kalau berkesempatan, saya akan buat dua version - BM & English...Nasib baik tak mintak dalam bahasa Tagalog..mau ana fengsannn lah..

Okaylah kenkawan SuperMom, sebenarnya kali ni nak share berita baik yang diterima daripada seorang ibu yang saya panggil Kak Emi..
Hari ni terima Whatsapps dari Kak Emi yang mengatakan anaknya sudah mahu menyusu semula selepas 3 hari mengambil MEALSHAKE - produk dari Shaklee...

Alhamdulillah....lega bila mendengar feedback positif daripada pelanggan, ye tak?
Al-kisahnya (diringkaskan lah ye), Kak Emi ni ada berhubung dengan saya untuk bertanyakan bagaimana nak buat supaya anak nya minum susu semula...
Mengikut kata Kak Emi, anaknya baru je berumur 2 tahun cam tu tapi dah taknak menyusu..
So, masa Kak Emi datang berbincang dengan saya, saya ada cadangkan supaya Kak Emi memberi MEALSHAKE kepada anaknya...dan Alhamdulillah..membuahkan hasil yang baik...

Ye lah saya pun risau sebab anak Kak Emi ni masih kecil lagi tapi dah taknak menyusu, ye tak? Kesian jugak kalau tengok budak budak ni taknak menyusu...dan saya pun faham macam mana risaunya seorang ibu itu kalau anak yang masih kecil sudah menolak dari meminum susu..kan?

Jadi, kepada ibubapa di luar sana tu yang mengalami masalah yang sama macam Kak Emi, anda boleh baca entri saya di "Anak Kurang Selera Makan" untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan kebaikan MEALSHAKE ini....

Kan saya dah pernah kata, saya akan cuba untuk tolong sedaya upaya jika anda ada masalah terutama yang berkaitan masalah kesihatan...betul tak?
Bila kita berkongsi pendapat atau masalah, In Shaa Allah akan jumpa jalan penyelesaiannya..
Yang penting....USAHA...DOA...dan TAWAKAL...

Oklah...sehingga kita berjumpa lagi di lain waktu ye...

Assalamualaikum...

Saya adalah pengedar sah produk SHAKLEE (ID : 890838)
Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.

Facebook : ilyana mohd morhani
Emel : ilyana.mohd.morhani@gmail.com
Tel : 0166182386

Supplement (Makanan Tambahan) : Perlu atau Tidak ?

Assalamualaikum..


Agak lama jugak tak menulis kat blog ni kan? Agak slow sikit... sampai ada yang sms / pm kat FB tanya bila nak update blog...hehehhe, ada peminat rupanya blog ni ye....kepada peminat setia blog SuperMom..maaf ye lambat update, al-maklumlah sekarang ni tinggal sorang so segala urusan rumahtangga kena uruskan sendiri....encik suami ke perantauan mencari rezeki...hehhehee...


Ok, hari ni nak cerita pasal SUPPLEMENT...haa..boring tak tajuk post ni? Boring kan? Tapi sudilah luangkan masa you all untuk membaca...sekadar menambah lagi ilmu di dada...gitu..echewahhh...


Memula kita tengok apa itu Supplement...haa, mengikut kata Encik Wikipedia ,
" Dietary supplement atau makanan tambahan atau nutrisi tambahan adalah satu persediaan tambahan kepada diet dan membekalkan nutrisi seperti vitamin, mineral, fiber, asid lemak atau asid amino yang mungkin HILANG atau TIDAK DIAMBIL DENGAN SEMPURNA/SECUKUPNYA mengikut kuantiti yang diperlukan dalam diet seseorg. "
Haa..nampak? nampak? nampak?

Berapa ramai antara kita semua ni yang boleh pasti yang kita dapat 100% nutrisi seperti vitamins dan mineral penting dari makanan yang kita makan tu? Percaya tak kalau saya kata takde seorang pon yang dapat 100% bekalan nutrisi terus dari makanan yang diambil..tak kiralah berapa SEGAR makanan tersebut...sayur segar ke buah segar ke..sama je...TIADA 100% NUTRISI yang dapat dibekalkan terus ke dalam sistem badan kita okayyy !! Tak percaya lagi? Kalau masih tak percaya, meh saya tanya lagi - siapa kat sini yang hanya makan sayur dan buah terus dari tanaman belakang rumah sendiri? Contohnya, anda tanam sayur sawi kan, bila nak makan, anda gigit terus dari pokok sawi tu..takyah petik petik..takyah masak..haa, ada? ada? kalau ada, meh bagitau saya...saya nak jumpa anda...hhihihi...

Jadi, dah nyata dah kat sini..kita TAKKAN boleh dapat 100% nutrisi yang terdapat dalam buah atau sayur segar kan? Percaya atau tak, nutrisi yang terdapat dalam buah atau sayur mahupun ikan/daging akan hilang sebelum kita makan...Nutrisi ini hilang semasa dipetik, dicuci, disimpan dalam peti sejuk atau tidak, dimasak, dihidang bahkan melalui kunyahan dalam mulut...kita sendiri pun tak pasti berapa je lah jumlah nutrisi yang masuk dalam badan, ye tak? yang pasti..sedar sedar je badan dah gemuk...ahakss...tu namanya, lemak yang banyak okayy...

Ada yang berkata, kenapa nak ambik supplement ni? sekarang kan zaman moden..tanam pakai hydroponik lah, organik lah... HELLO...tak kiralah macam mana cara tanaman pun kehilangan nutrisi tu tetap sama...Kita ni sekarang hidup di zaman moden , sekarang pun dah banyak pencemaran, stress kat tempat kerja lagi...stress kat rumah lagi, dan ini menyebabkan lebih ramai yang berpotensi mengidap penyakit kronik sedari usia yang muda...ecewahhh (ayat tak boleh bla)...tapi betul kan?

Ok, rasanya macam tak perlu lah saya berceramah panjang lebar pasal nutrisi atau SUPPLEMENT ni kan? Tapi saya cuma nak berkongsi benda yang baik je...sekurang-kurangnya saya rasa berbakti jugakla kalau ada yang mula sedar untuk menjaga kesihatan selepas baca entri saya ni kan?

Lebih awal kita sedar kepentingan supplement ni lebih bagus...supplement ni gunanya lebih mujarab kalau di amalkan sebelum penyakit hinggap kat badan kita..ye tak? Saya tak kata lah kalau kita ambik supplement memang kita tak akan kena penyakit, tapi sekurang-kurangnya kita dah usaha untuk memberi yang TERBAIk untuk DIRI SENDIRI dan ORANG YANG KITA SAYANG...kan?

Meh nak promote pulak...anda boleh cuba pelbagai rangkaian produk SHAKLEE....kalau nak tahu yang detail untuk penyakit tertentu..boleh pm atau sms saya okayy..

  
 
 
           
             

Emel: ilyana.mohd.morhani@gmail.com
Facebook : Ilyana Mohd Morhani
No tel : 0166182386

Sekian dulu untuk kali ini ye...

Bersama-samalah kita mengamalkan gaya hidup sihat dan selamat.....

 
      
       
       
       
       
       
       
       
       
       














Monday 17 December 2012

Anak SIHAT, CERGAS, AKTIF & CERIA

Assalamualaikum...

MENGAPA Meal Shakes?
* Makanan tambahan yang lazat dan lengkap dengan nutrisi
* Mudah disediakan
* Rendah lemak, rendah kolesterol
* Sumber protein dengan tambahan 19 jenis mineral dan vitamin yang diperluakn oleh anak anak
* Membekalkan nisbah seimbang 9 amino acid yang amat diperlukan oleh badan kanak kanak supaya
dapat membesar dengaan baik.
* Membantu dalam pembentukan tulang dan tumbesaran anak anak
* Apabila viatmin dan mineral penting cukup dibekalkan kepada anak anak, secara tidak langsung
membantu dalam memulihkan selera makan anak anak.

Antara feedback positif ibu-ibu yang mengamalkan MEALSHAKE untuk anak-anak:

1) Mengurangkan masalah eczema anak anak
2) Mengurangkan masalah ruam panas
3) Membantu sistem pnecernaan - kalau dahulu anak sukar membuang air besar, selepas mengambil MEALSHAKE, najis lembut dan anak pun TAK MERAGAM bila nak buang air.
4) Mengembalikan selera makan anak - anak
5) Anak yang obesiti kini telah mendapat berat badan yang ideal mengikut umur mereka.
6) Anak - anak kurang dijangkiti penyakit terutama demam panas, selsema dan batuk.
7) Anak lebih aktif dan cepat belajar - kalau dulu cikgu siap panggil mak bapak mengadu anak mereka lambat dan tak fokus...selepas mengambil MEALSHAKE, anak lebih fokus dan cepat belajar

Anak Kurang Selera Makan....

Ada sesetengah ibubapa mengahdapi masalah di mana anak semakin kurang selera makan..ada juga yang menghadapi situasi di mana anak semakin kurang menyusu...Selalunya, keadaan ini mula berlaku kepada anak anak berumur satu tahun setengah ke atas..

Di bawah ini adalah beberapa sebab yang boleh dikaitkan dengan masalah yang disebut:
( hasil pemerhatian bebas oleh penulis ):

1) Pemakanan/ Jadual penyusuan yang tidak teratur sejak dari bayi - apabila ibubapa tidak memantau atau merancang jadual pemakanan anak anak semenjak dari bayi, ini secara tidaklangsung akan mengganggu jadual pemakanan mereka.

2) Memperkenal makanan ringan kepada anak anak terlalu awal - memberi anak anak merasai makanan ringan tatkala mereka masih di peringkat bayi juga boleh menjadi faktor anak anak menolak untuk makan nasi / sayur - sayuran dan susu. Mereka akan lebih menanti untuk diberi makanan ringan kerana rasa yang lebih menarik.

3) Cacing ? Hmmm, ada juga orang mengatakan bahawa apabila anak anak kurang selera makan menandakan bahawa ada cacing dalam usus anak anak kecil ini..mungkin benar juga..kerana apabila anak anak sudah mula makan pelbagai jenis makanan, potensi untuk kewujudan cacing adalah tidak mustahil.

4) Keinginan yang tinggi untuk bermain - kanak kanak sangat tinggi imaginasi dan kreativiti..jadi mereka lebih gemar menghabiskan masa dengan bermain, oleh itu, pada mereka makan/menyusu adalah sesuatu yang membuang masa dan mengganggu masa mereka untuk berimaginasi dan bermain.

Langkah yang boleh di ambil untuk mengatasi masalah ini :
( ini adalah tips / cara yang pernah saya lakukan semasa menghadapi masalah yang dibincangkan ):

1) Memastikan jadual pemakanan/penyusuan anak teratur sejak dari bayi lagi - bagi kedua-dua anak saya, saya sentiasa pastikan mereka menyusu setiap 2 jam sehingga berusia 6 bulan, kemudian apabila mereka sudah boleh makan , jadual pemakanan di ubah sperti di bawah:
     a) 7 pagi menyusu
         8 - 8.30 pagi sarapan (bubur, buah-buahan lenyek)
         10 pagi menyusu
         12 thari - lunch (bubur, kentang lenyek bersama sayuran)
          2 ptg menyusu
         4 ptg minum petang (buah-buahan) dan diikuti dengan menyusu
         6 petang menyusu (selepas mandi)
         7 malam bubur
         8 menyusu (adakalanya yang ni saya skip sebab anak anak dah tidur.
      * anak anak saya selalunya akan bangun sekitar jam 10 mlm untuk menyusu dan setiap 2-3 jam sekali setiap malam...
  (yang ini dilakukan sehingga berumur setahun lebih, jadi apabila sudah biasa, mereka akan kekal dengan jadual ini walaupun sehingga mencapai usia 3 tahun..) bahkan anak sulung saya sehingga kini (2tahun setengah) masih menyusu 5-6 kali sehari dan makan pagi, lunch, minum petang dan malam.

2) Jangan beri makanan ringan kepada bayi - selama mungkin (saya tidak pernah memasukkan garam/gula kedalam bubur atau sup untuk anak anak saya sehinggalah mereka berusia 2 tahun)...ini dapat membantu mereka supaya tidak memilih makanan dan meeka akan biasa dengan makanan yg sihat..

3) Sebagai ibubapa, kita kenalah kreatif supaya anak anak tidak bosan dengan menu yang disediakan..ini kalau diberi nestum hari hari mestilah bosan..pelbagaikan..kalau hari ini bubur campur lobak, esok bubur campur jagung..lusa buatlah mashed potato..dan sebagainya...INGAT! anak anak sangat kretif jadi ibubapa perlu lebih kretif...

4) Boleh juga beri vitamin... yang ini tak digalakkan untuk anak anak bawah 2 tahun lah ye.. tapi kalau anak terlalu kurus dan memang susah sangat nak makan , mungkin boleh diberi...cuma perlu mendapatkan nasihat doktor...lagi bagus...


Ini adalah antara supplement yang baik yang mengandungi segala vitamin, minerals dan nutrisi yang diperlukan untuk anak anak.

MENGAPA Meal Shakes & Vita-LEA?
* Makanan tambahan yang lazat dan lengkap dengan nutrisi
* Mudah disediakan
* Rendah lemak, rendah kolesterol
* Sumber protein dengan tambahan 19 jenis mineral dan vitamin yang diperluakn oleh anak anak
* Membekalkan nisbah seimbang 9 amino acid yang amat diperlukan oleh badan kanak kanak supaya
   dapat membesar dengaan baik.
* Membantu dalam pembentukan tulang dan tumbesaran anak anak
* Apabila viatmin dan mineral penting cukup dibekalkan kepada anak anak, secara tidak langsung
   membantu dalam memulihkan selera makan anak anak.

dan yang paling PENTING, ibubapa tidak boleh berputus asa demi kebaikan tumbesaran anak anak yang dikasihi..

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya melalui :

Facebook : ilyana mohd morhani
No telefon : 0166182386

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE (ID: 890838)
Segala konsultasi / rundingan adalah PERCUMA....

Saturday 15 December 2012

WANITA ITU CANTIK - Subhanallah

Assalamualaikum....

WANITA ITU CANTIK....
Kenapa saya pilih tajuk ni untuk dikongsi bersama semua?
Siapa setuju kalau saya katakan yang semua wanita itu cantik?

Macam ni kisahnya.......
Dulu saya memang suka kan benda benda cantik sahaja...sampaikan ke satu tahap kalau benda tak cantik depan mata, saya akan buat muka tak suka depan depan tu jugaks.. (sangat lah teruk kan )....Saya ni dari kecil suka tengok wanita yang cantik...kalau tak cantik tu, nak dijadikan kawan pun saya berat hati..(bluweekkk macamlah aku cantik sangat)...

Nak dijadikan cerita, satu hari (masa tu Darjah 6)...saya duduklah bersembang dengan seorang rakan lelaki berbangsa Cina...macam macam kami bualkan...ntah macam mana terkeluar topik siap cantik siapa tak cantik....tetiba budak lelaki tu cakap..."Ilyana, saya suka tengok Siti (bukan nama sebenar), sebab dia cantik tau.." Dalam hati saya, mata kero ke dia ni sebab ikut pandangan saya, si Siti ni takde lah cantik pun...cuma sebab dia halus  mulus je la kot....Lepas tu boleh pulak kawan ni cakap..'Awak tak cantik, Ilyana...Siti itu baru lah cantik...awak tak cantik tapi bolehla..'..perghhh...down tetiba..hahahha (padan muka aku)..

So, start dari hari tu, aku cuba perhati setiap wanita yang tak cantik...perhati betul betul...sebab nak cari..mana cantiknya wanita yang pada pandangan saya tak cantik...
Lama jugakla...lepas tu satu hari..saya terfikir kalaulah wanita yang saya rasa tu memang tak cantik, kenapa wanita tu ada peminat dan boleh berkahwin...perhati punya perhati punya perhati...betul..MEMANG BETUL...wanita SEMUANYA CANTIK...dan kalau tak cantik pun, mesti dia ada manisnya..ada ayunya...

Barulah saya faham...cantik tu TERsangatlah subjektif...kalau yang dah kahwin tu ha cuba tanya husband masing masing u all cantik tak? Mesti husband akan kata u all cantik..kan? Kalau ada husband yang tak nak mengaku tu,,tu maknanya ego terlebih...maknanya u all memang sangat cantik sampai husband pun tak berani nak cakap depan depan sebab takut u all perasan kot...hahahahah...Jangan risau kalau ada yang kata anda tak cantik sebab ANDA SEBENARNYA CANTIK, AYU, ANGGUN dan MANIS...Jadi, kenalah kita sebagai wanita menjaga ANUGERAH yang Allah dah berikan ni dengan baik...

Tapi tak semua orang pandai jaga ANUGERAH ni dengan baik, betul tak? Kalau saya tanya, berapa ramai antara kita yang mencuci muka mengikut jadual sekurang-kurangnya 3 kali sehari? Mesti ada yang skip kan? Berapa ramai yang risau bila seketul jerawat timbul kat pipi? Jeragat dan bintik hitam melekat kat hidung? tekstur kulit tak sekata? Ha, berapa ramai yang akan risau kalau semua ni jadi kat diri sendiri?

Ada yang kata...ala, takde duit nak melabur untuk kulit muka dan kulit badan...ooo, tapi u all pakai henfon canggih tak? Pada pendapat peribadi saya la kan...melaburlah..sebagai wanita, dah Allah bagi keistimewaan jadi cantik, ayu, anggun dan manis tu...melaburlah untuk menjaga anugerah yang dah diberi tu...paling tidak, nanti suami mesti tak pandang perempuan lain dah...sebab bini sendiri dah SEMAKIN cantik...kulit semakin halus dan lembut...kan?

Haa...ni nak bagi peluang kat u all...tak perlu keluar modal banyak giler untuk dapatkan kulit bukan setakat kulit muka tapi kulit badan yang cantik, lembut, halus dan gebu...
CUBA SHAKLEE COLLAGEN.....
Collagen SHAKLEE ni selain bertindak mencantikkan kulit, menghaluskan kulit, ia juga membantu dalam menghilangkan 'stretch mark', rekahan pada tumit kaki dan melembutkan kulit muka dan badan....dan yang paling BEST, pengambilan collagen SHAKLEE untuk tempoh yang lebih lama membantu mencerahkan celahan seperti ketiak, alat sulit, belakang leher dan lutut....

BEST, kan? Jadi PILIHAN di tangan anda... Adakah anda akan ambil langkah segera - melabur untuk menjaga anugerah yang telag diberi sekarang atau Adakah anda mahu menjadi orang terakhir yang sedar akan kepentingan menjaga diri anda sendiri...tapi masa tu, kalau harga COLLAGEN SHAKLEE ni dah naik melambung, jgn GIGIT JARI sudah....

***PROMOSI DISEMBER :-

Beli 6 kotak COLLAGEN SHAKLEE , anda layak untuk mendapat :
- 1 kotak COLLAGEN SHAKLEE secara PERCUMA
- Keahlian SHAKLEE secara percuma
- Rebat Sebanyak ><RM200
- Kecantikan kulit yang menyeluruh...

PILIHAN DI TANGAN ANDA !!!

Sila PM/sms saya untuk mendapatkan TAWARAN TERHAD ini !!

Telefon : 0166182386
Facebook : ilyana mohd morhani

Thursday 13 December 2012

Placenta Previa EPISOD 4 - The END : Pengalaman duduk hospital 5 minggu

Assalamualaikum...

Sorry lambat sikit update pasal Placenta Previa ni...bila dah start keje..memang susahla nak berblog..takpe..hari ni kita habiskan semua kisah pengalaman dengan Placenta Previa ni okayy?

Kat mana kita hari tu? ? ?  haaa...kat minggu ke 33 kan?
Okay, masa kandungan dah cecah ke minggu 33, seperti yang telah dijanjikan dengan doktor, aku pun secara taksukarelawan nya 'menyerah diri' ke hospital...berat sangat sangat sangat hati nak pergi hospital pagi tu...sebelum pergi, peluk anak kuat kuat...nangis lah aku apa lagi kan? Dah register kat wad bersalin , kena pulak tunggu turn untuk dapat katil sebab wad penuh...menunggu lah aku kat situ dari pukul 10 pagi sampai pukul 4 petang...dahla perut lapar sebab tak lunch lagi...ada ke patut nurse tu kata tak tau bila baru boleh dapat katil, kalau tak hari ni, mungkin esok tapi kitorg tak dibenarkan balik...nak call husband, henfon tak bawak sebab skema sgt kan ikut peraturan...nak taknak terpaksa lah tebalkan muka pinjam telefon kawan sebelah..suruh husband call balik...pesan kat husband datang hospital semula dan bawak makanan sebab aku ni tak tahu lagi bilanya baru dapat katil..(time tu husband awal-awal lagi dah balik sebab ingatkan aku akan terus dapat katil)...

Nak pulak petang tu husband datang gi bawak anak aku sekali...RINDUUUU!!! Masa dorg nak balik...aku menangis sepuas hati kat kaunter kat situ...anak aku pun macam blur je kenapa mama tak ikut balik (ye lah, mana pernah aku berpisah ngan anak macam tu)..Nak dekat pukul 7 malam baru dapat katil..Malam tu dalam pukul 10 nurse datang bagi induction - bagitau apa boleh buat dan yang tak boleh buat selama aku kat wad....pasal takleh bawak henfon ngan laptop aku boleh terima lagi tapi ada pulak syarat kanak-kanak bawah 12 tahun tak boleh datang melawat !! INI NAMANYA GILAAAAAAA !! Woii...aku buleh mampus keras la woiii kalau tak dapat jumpa anak aku sehari....tak jumpa seminit pun aku dah rasa sesak nafas...ni pulak 5 MINGGU !!! Sape ibu penyayang kat sini mesti buleh faham perasaan aku, kan ??? Malam tu aku tak tido sebab dok pikir mcm mana nak buat supaya aku boleh jumpa anak aku....dah la anak tak buleh masuk wad melawat, aku pulak tak dibenarkan turun dari katil melainkan nak ke toilet je.... GILAAAA !!!

So, aku pun pikirlah sepanjang malam disamping menenangkan jiwa kacauku ini (chewaahhhh)....lastly, aku decide, takpe lah kalau aku tak boleh jumpa anak aku hari-hari tapi at least aku boleh jumpa dia on alternate day....Esoknya aku pun cakap dengan nurse...tapi nurse tak bagi...bayangkan lah time tu anak aku dah ada kat bawah tetiba nurse kata takleh naik wad... APA DAAA !!!! Aku tak puas hati so aku pun 'buat hal' kat kaunter depan sampailah dorg terpaksa beralah dan bagi permission untuk anak aku naik wad....Hari isnin..aku dah takleh sabar lagi, so aku jumpa dengan Pakar yang bertugas untuk mintak permission - aku siap kata kalau saya gila sebab tak dapat jumpa anak saya, pihak hospital ni yang kena bertanggungjawab !! HAHAHAHA....Hamek kau..sape suruh buat rules yang budusss tus...So, lepas kitorg berbincang, akhirnya aku dibenarkan bw anak aku 2 kali seminggu...okla tu sebab nak datang pun hospital agak jauh dari rumah aku...Kesian lak kat laki and bapak aku kang...

Kat hospital...jadual aku selama 5 minggu..sama je hari hari :
Pukul 5 pg bgn sbb nurse nak check BP, 6pg mandi-solat subuh-mengaji,
7pg kemas katil, 7.30 sarapan, 8.30 pg baca buku atau menjahit, 10.30 doktor dtg check, 12tghari tarik tirai - baca buku/menjahit (kalau ada visitor, aku layanlah)/makan, 2-3pm tido jap..pastu baca buku/menjahit..7.30mlm mandi-mengaji-solat-solat sunat-bezikir, 9.30 tido..11pm nurse dtg check perut..dan begitulah selama 5 minggu....isnin, rabu n jumaat doktor praktikal dtg pukul 4 pagi ambik darah...tangan pon dah jadi kaler kelabu..best tak ? tapi bukan itu sahaja...time mandi nangis, baca buku nangis, menjahir nangis, nak tido nangis, mengaji nangis...dan nangis dan nangis....
Tapi Alhamdullilah tiba minggu ke 38, takde pendarahan/masalah berlaku....

Yang paling penting ibu dengan risiko Placenta Previa (tak kiralah type berapa pun), kena pastikan HB di paras yg selamat...Time saya dulu agak kesian sebab takde org yang datang untuk beri cadangan untuk naikkan HB...hari hari makan hati lembu (tak elok sgt ye..makruh)...dah bersalin, barulah dapat tahu SHAKLEE memang ada supplement yg sesuai dan SANGAT BERKESAN untuk naikkan HB ketika mengandung....
Yang berkenan dan ambil berat untuk tahu produk apa dari SHAKLEE...rajin-rajinlah hubungi saya..tak kirala melalui henfon atau pun facebook...ataupun email...
Ambiklah supplement kalau boleh supaya HB di tahap tinggi...(mana nak tahu kan? kita MESTI BERUSAHA untuk yang terbaik..kan? kan?)...


Aku selamat dibedah pada hari Khamis 17 May 2012 - dapat baby boy 3.53kg..tembam sgt...putih melepak...tapi takut dalam bilik bedah hanya Allah yang tahu...
Alhamdulillah semua selamat walaupun sebulan selepas dibedah, jahitan ni terbuka sikit tapi aku dah ok je sekarang...hasil dari consume/makan supplement SHAKLEE, luka sangat cepat sembuh dah badan sangatlah bertenaga....hehehhe..(promote jap), tapi memang betul pun, kalau tak, takde lah nak bgtau org...i nak rekemen supplemen beb, bukan rekemen kedai henfon...supplemen ni bukan senang senang leh rekemen okay....

So, kalau anda diluar sana ada masalah Placenta Previa atau apa - apa jugak komplikasi semasa hamil...banyak kan lah berdoa....berdoa...berdoa...dan janganlah lupa untuk bertaubat (ni peringatan untuk diri saya sendiri)....In Shaa Allah dipermudahkan segala urusan....

Kalau ada sesiapa yang rasa takut, tak konfident dan perlukan sokongan moral, boleh je contact saya...In Shaa Allah, saya boleh beri sokongan semangat...

Assalamualaikum...

Jangan lupa call/sms/pm saya jika anda perlu supplement yang sesuai dan TERBAIK untuk seisi keluarga..

No tel : 0166182386
Facebook : Ilyana Mohd Morhani

Tuesday 11 December 2012

Alat permainan (toys) yang sesuai untuk anak anda

Assalamualaikum...

Haiissshh....apa lah nak jadi hari ini? Tarikh dah cantik dah - 12.12.12 tapi sesuatu yang diluar jangkaan telah berlaku.....Alhamudulillah takde yang serius....tapi rasa nak gugur jugakla jantung ni tadi...

Baru je sampai office tadi, tak lama lepas tu suami call bagitau yang anak lelaki (7 bulan) berdarah mulut dengan banyaknya...sebab? Ha...sebabnya si kakak pegi bagi adik dia mainan kakaknya yang agak tajam....iaitu kapal terbang mainan... Yela..kakak pun baru dua tahun setengah..bukan tahu apa...niat kakak baik sebab nak share toys dengan adik...ha sekali hameekkk kau...si adik ni gi masukkan toy tu dalam mulut...tersangkut kat lelangit dan berdarah sebab lelangit terguris kena bahagian kapal terbang yang tajam tu...

Adoila...terpaksa mama ber'too fast too furious' balik umah sebab risaukan anak kecil itu...
Bawak gi klinik, mak aiii....panjang giler luka..doktor bagi ubat sapu je incase luka tu bertukar jadi ulcer...huhuhu...harap-harap Ahil Nawfal ok dan luka cepat baik...PITAMM mama...

( Ha..inilah gambar kapal terbang mainan yang tersangkut kat lelangit Ahil Nawfal...nampak tak kat sayap tu? Masih ada darah kan? )
Ok, bila benda ni dah jadi pada diri sendiri..baru teringat nak share dengan kenkawan semua...so, kat bawah ni ada sikit tips untuk memilih permainan (toys) untuk anak-anak (ehsan dari webpage Baby Centre jugak)..:

1) Pilih permainan yang bersesuaian dengan umur anak anda. Selalunya kat permainan tu ada tulis, sesuai untuk umur berapa...ada la sebabnya kenapa pengilang tu letak had umur okayyy...so, janganla melawan!
2) Pilih mainan yang lebih besar dari bukaan mulut anak anda supaya susah untuk dimasukkan dalam mulut...baby ni kan imaginasi tinggi..segala benda nak masuk dalam mulut...so, belikan yang besar dari mulut baby ye..
3) Jangan beli yang berat..perasan tak, baby or anak kecil suka sangat ketuk-ketuk barang..so, belikan yang ringan dan kalau boleh yang lembut sebab kalau dia ketuk diri dia sendiri pun takpe, tak kan cedera/sakit..
4) Beli lah mainan yang bagus pemasangannya..jangan beli yang senang tercabut/koyak..sebab bahagian yang tercabut ni ada potensi untuk ditelan oleh anak kecil..
5) Janganla beli yang bertali..kalau nak beli mainan yang bertali, ukur dulu tali tu supaya tak boleh terlilit/terjerut leher anak kecil..
6) Sentiasa monitor alat permainan anak anda...agak-agak dah rosak/tercabut/koyak...buang ajelah...bahaya kalau simpan..
7) SENTIASA MONITOR ANAK ANDA ! Inilah yang paling bagus sekali...

Okay lah... nanti kita sambung entri lain lagi kay...

**** Adakah anak anda susah makan? Kurang selera makan? Adakah anda pasti anak anda cukup zat ? Membesar dengan sihat ?

Nak tahu rahsia MAKANAN TAMBAHAN untuk tumbesaran anak ? PM / email / sms saya...
Saya sedia membantu....

Ilyana Mohd Morhani (Pengedar sah SHAKLEE. ID:890838)
No tel : 0166182386
Facebook : ilyana mohd morhani
Email : ilyana.mohd.morhani@gmail.com

Placenta Previa - EPISOD 3

Assalamualaikum...

EPISOD 3:

Haaa...kan dah janji nak kongsi pengalaman detik detik 28 minggu ke atas...so inilah seperti yang dijanjikan...

Masa minggu ke-28 kehamilan, pergilah aku ke Klinik Kesihatan Kerajaan kat Serendah...Masa ni pegi dengan husband...SERAMMMM tapi dalam hati tak berhenti doa mudah-mudahan uri tu naik...tapi aku berdoa jugak..andai kata uri tak naik...aku redha je lah cuma aku minta kat Allah supaya kuatkan iman dan semangat aku untuk menghadapi segala kemungkinan dengan tenang....
Jumpa je doktor...doktor terus scan dan ..... MEMANG tak naik pun uri tu...doktor terus bagi surat rujukan ke Hospital Sungai Buloh (sebab hospital ni paling dekat dengan rumah aku)....lepas tu aku ngan husband pun terus ke Hospital Sungai Buloh...nak ambik appointment untuk jumpa pakar....

Masa sampai kat hospital...berdebar debar ni sebab takut je kalau kalau doktor suruh admit terus...mau meraung aku!! Nasib baik doktor kata datang balik masa usia kandungan 30 minggu....tapi macam biasa la, nurse nasihatkan sebijik mcm yang aku dah post dlm entri Placenta Previa : APAKAH ITU?..

Antara minggu ke-28 hingga minggu ke-30, aku masih lagi pergi kerja , ulang-alik dari Rawang ke Klang (perjalanan dalam 75 minit one way)...drive sorang-sorang...macam biasalah, layan perasaan dan semestinya MENANGIS....tapi family aku sorang pun tak tahu sebab bila sampai kat umah, aku happy jer...kat dalam hati hanya Allah je yang lebih mengetahui.....Dalam dua minggu ni memang sangat sibuk kat tempat kerja sebab kena siapkan segala benda in case kena admit hospital awal....nasib baik ada majikan dan rakan sekerja yang sangat memahami....so, takde la rasa stress sgt...Tenkiu boss...Tenkiu Esterolians....kenkawan pun semua sangat mengambil berat sampaikan nak bukak pintu kereta pun kawan yang tolong....best kan?

Sampailah ke minggu ke-30...kena pegi ke hospital untuk appointment pertama dengan doktor pakar.........SERAMMM lagi...kali ni sangat menyayat hati tau sebab pergi sorang-sorang je kat hospital...husband outstation...huhuhu...nangis lagi..apa daaa...(Saya kuat kan? kecuali bab nangis tu la)...Jumpa pakar, pakar kata macam ni : 'Hmm, masih kat bawah la uri puan...kalau macam ni selalunya peluang tu tipis la nak naik....bla..bla..bla...' Aku pun terus tanya ' kena admit tak?' tapi doktor tu leh pulak jawab ' takpe, tak perlu admit lagi sebab mana tau boleh pulak normal dalam 2 minggu ni...puan datang balik minggu ke-32 ye..saya bagi surat untuk puan rehat di rumah sahaja...tak boleh pergi kerja lagi, duduk kat rumah, baring, jangan buat apa-apa kerja ok..'
Aku balik dengan perasaan yang kosong...tak rasa seram..tak rasa gementar...suka dan gembira pun tak...macam dah redha je...tapi masih berfikiran positif dan masih menaruh harapan supaya keajaiban boleh berlaku...

So, 2 minggu la melepak kat rumah nampak gayanya...Call husband and nasib baik bos dia bagi dia balik rumah and kerja area KL sahaja...ok la sikit bila husband ada kat sisi kan? Kalau dalam keadaan macam ni..memangla husband orang yang paling dikehendaki...rasa selamat sangat kalau husband ada kat sisi, kan?
Duduk rumah..tengok tv, makan..tu ajelah kerja nya...nak keluar dah takut sebab taknak ambik risiko kan...

Minggu ke 32 pun tiba....jumpa pakar yang lain pulak....yang dia ni namanya Doktor Sunder - pakar bedah sakit puan ( dia ni famous sebab bila dia handle czer, darah pesakit yang dibedah sikit je yang akan terbuang )...Dia pun scan lagi...dan...keputusannya sama jugak....uri masih tak berubah tempat...so, doktor kata; 'Puan, puan kena masuk hospital sampai lah bersalin...' Kalau ikut doktor tu dia suruh masuk segera tapi lepas berbincang, dia bagi kelonggaran untuk masuk hospital pada minggu ke 33...seminggu je dia bagi...so seminggu ni sempatla gi kenduri adik bertunang, makan segala jenis makanan yang nak dimakan dan makan SEPARUH biji durian MUSANG KING sebab teringin sesangat.....Time ni fikir..kalau mati, dah tak dapat dah nak rasa semua ni...Astarghfirullah...sungguh rendah iman !!!

Apa pulak jadi dari minggu ke 33 sampai bersalin?
Best tak duduk 5 minggu kat hospital?
Kenapa sampai kena sound dengan Sister kat hospital?
Haa...yang tu kenalah ikuti EPISOD 4....takmo citer pjg pjg untuk satu entri...nanti korang boring nak baca....

Ok, nak gi masak maggi asam laksa...lapau dah porut den...

Assalamualaikum...

Untuk maklumat berkaitan SUPPLEMENT semasa hamil , dalam pantang , semasa menyusukan...sila hubungi saya :
( Konsultasi percuma diberikan .... In Shaa Allah )

No handphone : 0166182386
Facebook : Ilyana Mohd Morhani
Email : ilyana.mohd.morhani@gmail.com

Saya adalah pengedar sah SHAKLEE ( ID: 890838 )

Monday 10 December 2012

PLACENTA Previa - APAKAH ITU?

 
Assalamualaikum....

Sebelum bersiap nak ke Petting Zoo, rasa macam sempat ni nak tulis satu lagi entri...
Tapi taknak sambung pengalaman placenta previa...cuma nak share info sikit pasal apa itu placenta previa....

PLACENTA PREVIA (PP) ialah satu komplikasi di mana uri (iaitu placenta) berada di bahagian bawah uterine yang menutup serviks (bukaan atau jalan untuk baby keluar dari rahim ). PP ni terbahagi kepada 4 jenis :
  * Type I  : Juga dikenali sebagai low lying placenta - uri agak bawah di bahagian uterus tapi tak menutupi bukaan serviks (OS).
  * Type II : Juga dikenali sebagai marginal - uri menyentuh sikit bahagian serviks tapi tak menutupi bukaan seriviks (OS).
  * Type III : Atau partial - uri menutupi sebahagian bukaan serviks (OS).
  * Type IV : Atau Complete - uri menutupi bukaan serviks sepenuhnya (OS). Haa..saya punya yang Type IV inilah....malah kedudukan uri saya terletak cantik..ngam ngam atas bukaan serviks...landing baikk punyaaaa....
Haa, kat bawah ni gambaran untuk Placenta Previa.....(ehsan dari webpage Baby Centre).
Selalunya, sebelum usia kandungan mencecah 28 minggu, doktor akan cakap low lying placenta tapi kalau lepas 28 minggu baru lah dikenali sebagai Placenta Previa...
Untuk Type III dan Type IV, peluang untuk uri berada ke kedudukan atas adalah amat tipis... :-( tapi ada jugak keajaiban pernah berlaku untuk kedua-dua jenis ini dimana uri itu berubah sebelum tarikh bersalin....doa jelah ye...

Perkara yang dirisaukan untuk ibu dengan komplikasi placenta previa ini ialah pendarahan...sebab apabila berlakunya pendarahan, darah akan keluar sangat cepat..mengalir seperti air paip...tanpa rasa sakit...takut-takut jika berlaku pendarahan dan tak sempat ke hospital, ibu akan berpotensi untuk hilang banyak darah..dan apabila ibu hilang banyak darah..sudah tentu bekalan oksigen kepada baby jugak tak cukup...so, dalam hal ni, kedua-dua ibu dan baby dalam bahaya.....
So, kalau anda dinasihatkan untuk berada di hospital seawal mungkin...masuk je la kat hospital tu...kang kalau dah tumpah darah , tak sempat lak nak ke hospital...hmm, sendiri mau ingat lah ek..bukan nak takutkan tapi beringat itu lebih baik daripada menyesal di kemudian hari..

SIAPA YANG BERISIKO UNTUK SITUASI INI?
Yang ni pon saya ambik dari internet jugak dan ada satu buku panduan ibu mengandung (tak ingat la pulak tajuk buku tu apa)...
* Wanita merokok
* Wanita yang pernah melalui pembedahan di bahagian rahim (atau kelahiran sebelumnya adalah melalui czer)
* Wanita yang banyak kali melakukan/mengalami keguguran
* Wanita yang pernah mengalami Placenta previa pada kandungan yang sebelumnya

TAPI...pada saya, sesiapa saja boleh mengalami risiko ini...sebabnya masa saya berada di hospital dulu, dalam 5 minggu kat wad, hanya saya seorang je yang mengalami placenta previa (due to previous scar kot)...yang lain semuanya mengandung anak sulung...dan saya percaya mereka tak merokok....
Cuma PADA PENDAPAT SAYA....wanita perlu menjaga diri dan jangan lah bergerak aktif sangat padal awal awal kehamilan......

Apa nak buat kalau tumpah darah (bukan berada di hospital)?
SEGERA lah ke hospital !!!!!! Sebab pendarahan dalam kes ni tak sama mcm pendarahan orang luka atau putus anggota badan OKAYYY !!! dan BERDOALAH banyak banyak....

TIPS PENJAGAAN :
(yang ini tips saya...tak disahkan oleh mana mana pakar okayyy ...)

1. Jangan mengangkat barang - barang melebihi 1 kg.
2. Jangan melompat, berlari mahupun berjalan dengan lajunya..jalan perlahan - lahan
    dan tertib.
3. Banyakkan makan makanan yang boleh tambah darah (hemoglobin) seperti kerang,
    hati ayam, hati lembu, jambu batu, sayur bayam, kurma merah dsb.
4. Berdoa, berdoa dan berdoa....
5. Dapatkan nasihat doktor sama ada selamat atau tak untuk mengadakan hubungan
    kelamin dengan suami.
6. Bertenang dan selawat banyak banyak...
7. Makan vitamin untuk kesihatan badan ( ada juga vitamin bagi tambah darah )..

Untuk maklumat lanjut berkaitan SUPPLEMENT yang sesuai, boleh hubungi saya di:
Handphone : 016-6182386
Facebook : Ilyana Mohd Morhani
Blog : www.ilyanamorhani.blogspot.com

Kita Usaha...Berdoa...dan Tawakkal....
Assalamualaikum....




























Placenta previa EPISOD 2

Assalamualaikum...


EPISOD 2:

Ok...ni nak sambung pulak entri kedua untuk episod bersiri PLACENTA PREVIA...
Are you ready? Ecewahh...tetiba lak rasa poyo...(tak..sebenarnya stiap kali nak cerita atau teringat peristiwa ni...rasa nak menangis sakan....huhuhuhu...). Sorry ok...I ter-emo lak...

Ok..ok...Minggu keenam hingga minggu ke-28...penuh dengan debaran...
Boleh kata hari hari menangis...lepas solat nangis...balik keje, pegi keje (drive sensorg dari Rawang ke Klang ) nangis.... Bukan nangis sebab apa...Iman tak kuat...ingat mati dah time tu...rasa macam apalah akan jadi kat anak anak kalau aku mati awal masa tu....Kesian kat anak anak...buatnya laki aku kawin lain and the bini muda tak leh nak sayang anak anak aku sepenuhnya...kena dera ke..apa ke...haisshhhh....memang sepanjang panjang lah fikiran negatif kat kepala otakni....

Dari awal tahu PLACENTA PREVIA (Type IV), teringat kat kawan seorang ni...namanya NurSafina Ellia...akak ni pun dulu PP jugak...so, kerap sgt berkomunikasi dengan akak ni...nak dptkan semangat!
Alhamdulillah akak ni tak pernah jemu melayan segala pertanyaan dan luahan rasa aku....dari awal sampailah ke hari pembedahan....
TERIMA KASIH KAK FIN.....Jasamu ku kenang sampai akhir hayat !!! I love u sis...

Ok, sepanjang tempoh ni, family memang banyak membantu...ayah aku rasa orang yang paling risaukan aku...kalau husband keje outstation, memang aku ngan anak tinggal ngan ayah n mak...so, bila kat umah ayah, ayah mmg tak bg aku naik turun tangga byk kali...tak bagi dukung anak dan tak bagi angkat barang.....memang aku jaga betul diriku sendiri....takut weiii...dahla aku memang takut darah...rumah pulak jauh gilaaaaaa dari hospital..

Nak kata aku terbaring je kat katil takde la...mana tahan...kenkadang aku masak jugak..sidai baju...lipat baju...anak menangis aku dukung jugak...tapi semua aku buat, aku selawat dan tawakal pada Allah.....Tak dpt nak digambarkan macam mana lah rasanya sebab asyik terbayang je kalau aku tumpah darah and takdpt diselamatkan....tapi memangla sokongan FAMILY sangat utama.....Nasib suami pun sangat memahami....

Dari segi makanan...aku hentam je segala-galanya...cuma aku bykkan makanan yg boleh tambahkan darah...sebabnya PP ni tak boleh kalau hemoglobin rendah...bahaya kalau bleeding...so apa aku makan - jambu batu (ni almost hari hari ), hati ayam, hati lembu, kerang, buah buahan mcm tu la...soya memang tak minum langsung sebab ada doktor kata soya boleh turunkan hemoglobin...so, aku tak berani nak ambik.......

Ultrasound kat klinik kerajaan dah dijadualkan pada usia kandungan 28 minggu...doktor kata kalau uri masih bawah, kena admit hospital and duduk sampai bersalin....

Apa jadi pada minggu ke 28? Anda kena lah baca entri EPISOD 3...
Ni dah lewat malam....nak tido dulu...esok nak pegi Petting Zoo kat Stadium Shah Alam....

Assalamualaikum...

Untuk maklumat berkaitan supplement TERBAIK untuk keluarga, sila hubungi saya di talian : 016-6182386
Saya adalah pengedar sah produk SHAKLEE....

Facebook : Ilyana Mohd Morhani

Placenta Previa Episod 1 - Pengalaman yang tak akan dilupakan

Assalamualaikum...

Ni entri kedua... Sebenarnya dah lama sangat nak menulis pasal ni...sebab nak share sangat pengalaman ni dengan semua orang....supaya semua ibu yang mengalami perkara yang sama dapat menghadapinya dengan tenang dan sabar....tapi masa duduk kat hospital dulu, tak dibenarkan bawa gadjet...so takde la nak berblognya...simpan ajelah...

Pengalaman apa tu? Pengalaman ditahan kat wad selama 5 minggu sebab PLACENTA PREVIA Type IV....

Panjang ceritanya tapi tak best kalau cerita di pendekkan , kan? Okay...kita buat episode lah...

EPISOD 1 :

Masa pregnant anak kedua, minggu keenam pregnant, pegi check up kat Hospital Bersalin UMRA kat Shah Alam...masa tu sangat excited, yelah nak dpt baby lagi kan? Pegi Hosp UMRA tu sebab nak buat scan lah konon nya...
Tunggu agak lama sebab ramai orang and kitorg pun datang lambat...

Masa scan doktor kata : 'Hmm, puan, saya ada berita gembira dan berita yang tak berapa gembira...puan nak dgr yang mana dulu ?'
Aku pun kata : ' Berita tak gembira dulu lah doktor...'
Doktor : ' Puan, puan punya uri kat bawah....' saya blurr lagi masa tu, yelah sebab saya ni memang tak tahu langsung apa tu uri bawah...kemudian bila doktor tu tgk saya blur semacam...dia pun terus explain....
' Puan, mengikut pengalaman saya, puan ni Placenta Previa Type IV...( fuhh, type 4 terus !! ).. Saya ada byk kes sebelum ni, kalau uri yang bawah macam uri puan ni...selalunya takkan naik dah uri tu....tgk pada kedudukan uri puan...harapan uri tu nak naik memang tipis....tapi doa ajelah...keajaiban boleh berlaku...'
Sentap jap aku...mula dah aku nak menggigil...tapi aku kuatkan jugak bertanya: ' saya tak paham sgt lah doktor...boleh tlg jelaskan?'

Placenta previa ni yang kita takut adalah bila dia bleeding...sebab selalunya bila bleeding , non stop and keluar macam air paip....itu bahaya pada ibu dan anak...dalam kes yang lebih serius, kalau uri tu melekat pada rahim ( atau dalam kes puan, kalau uri tu melekat pada bekas jahitan terdahulu ( anak saya yang pertama pun dilahirkan secara czer ) ) kita mungkin terpaksa buang satu set organ peranakan puan.... HAMEKKK KAU !!! terus pucat muka aku !! Rasa macam kaki dah tak pijak tanah dah .... Husband pulak kat luar menjaga anak sulung yang dah meragam.... Melihat muka aku yg pucat dan berpeluh peluh, terus doktor kipas aku dan urut tangan supaya aku bertenang....

Kemudian, doktor pesan....' Saya bukan nak takutkan puan tapi lebih elok kalau puan tahu kebenaran dan bersiap sedia dan lebih berhati hati...' ' Mulai dari hari ini, puan tak boleh kerja berat, tak boleh dukung anak ( nak jatuh jantung bila doktor kata jangan dukung anak..dahlah anak baru umur setahun lebih ), tak boleh berhubungan kelamin dengan suami...(sangap)......dan puan kena bukak buku pink (register kat klinik kerajaan lah tu)...dan admit ke hospital seawal usia kandungan 28 minggu...duduk kat hospital sampai minggu ke 38...'
Dahsyatkan....sape yang sanggup duduk kat hospital lama cam tu...tinggal anak yg berumur setahun lebih.....Aku apa lagi...nangis terus !!!!!!!!

Berita gembiranya ialah aku dpt tahu lebih awal so dapat lah ambik langkah berjaga - jaga ... (fuhhh, takde gembira langsung)...

Keluar je bilik doktor, terus nampak muka suami ngan anak - sedih sgt tp ku tahan air mata sebab taknak menangis depan org ramai...tp apakan daya bila teringat doktor kata kena admit masa 28 minggu....nangis terus...lantakla org ramai sekalipun.....

Penatla menaip....nnt kita sambung entri seterusnya : Penjagaan dari minggu keenam - minggu ke 28....dalam Placenta Previa....

Assalamualaikum...

Untuk maklumat berkaitan supplement terbaik keluarga:
Hubungi saya di 016-6182386

Saya adalah ejen berdaftar SHAKLEE ( ID: 890838 )

Sunday 9 December 2012

First page - an intro

Assalamualaikum...

Wow!! Macam tak percaya....setelah 7 bulan rancang nak buat blog pastu asyik tak jadi..
Akhirnya jadi jugak...
Hahaha.....sangat excited okehh....ni pun purposely ambil cuti esok sebab nak buat blog punya pasal..
Alhamdulillah...BERJAYA jugak...
Senang je, nak SERIBU DAYA...taknak SERIBU DALIH...

Sebagai page intro, tak de banyak pun nak ditulis...mungkin nak share serba ringkas pasal diri sendiri jela kot...(klise..hahaha)...

Nama Ilyana...boleh panggil Ilyana...
Sekarang ni masih bekerja la....tapi bercita cita nak jadi surirumah sepenuh masa je...(kahkahkah...)
Dulu masa muda belajar kat UiTM Shah Alam.....kos apa? Kosmetik...kahkahkah....

Menetap kat tempat yang orang takkan menetap...tapi tempat ni best..aman damai...sunyi je...macam kat kampung je rasanya....(cuba lah teka sendiri ye)...

Ada seorang je suami...(hehehe, macamla boleh dapat lebih dari satu...hahahahhaa)..
Sepasang anak yang comel dan comot....dan agak nakal....(takpe..mama tak kisah...nnt dah besar sila jadi orang baik okayyy)...

So, APA AKAN ADA DALAM ENTRI BLOGSPOT SAYA?
In Shaa Allah.....kita akan kongsikan, pengalaman jadi mak.....jadi anak....jadi bini orang....jaga anak....nutrisi untuk anak dari baby sampai besar......aktiviti yang sihat...dan yang paling penting....
                   SUPPEMENT YANG TERRRRBAAAIIIKKKKKKK untuk seisi keluarga...

Sampai sini dulu page intro ni ye....nnt kita sambung lagi....

Assalamualaikum...