Tuesday 19 February 2013

Penjagaan selepas kelahiran secara caesarian

Assalamualaikum....

( BERITA BAIK ..... sila klik link ini jika anda ingin membeli terus produk PENJAGAAN SELEPAS CZER/Pembedahan dari Shaklee... )
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b18e8fb514012229891cf024b6436526


Kali ni nak sambung pasal kelahiran secara caesarian...(okay, memula nak terangkan kat sini bahawa semua yang diceritakan mahupun amalan dan petua adalah berdasarkan amalan saya ye...tidak disahkan  oleh mana mana pihak )...hihihih..

Kebiasaannya orang bersalin czer ni kena duduk kat hospital paling kejap 3 hari...sebab hari ketiga tu biasanya baru doktor akan bukak plaster jahitan atau luka tu nampak dah elok sikit...

Sakit tak bersalin czer?
Kalau tanya saya....serius saya cakap, tak sakit masa kena bedah tapi masa nak memulakan langkah pertama turun dari katil selepas czer agak sukar....bergantung pada ketahanan badan seseorang tu jugak rasanya sebab ada kawan saya kata sakit macam nak terburai lah perut tapi pada saya tak sakit cuma rasa perut macam sangat tegang je....pada saya jugak semua ni psikologi je...sakit yang kita fikir, maka sakitlah ia...tak sakit yang kita fikir maka tak sakitla ia... :-)
Kali pertama ku bersalin di hospital swasta..so bolehla nak mengada-ngada...
Kali kedua di hospital kerajaan...takut ai nak mengada-ngada u..kang kena lak dengan nurse mulut yang takde insurans tu...fengsannn!!! hahahahaha (jgn marah ye...ada je nurse kerajaan yg baik...tapi mak saya nurse kerajaan yang garang...)..muahahahhaha...ampun ye mak!

Langkah pertama selepas czer memang amat sukar..terpaksa lah doktor pakar yang bedah saya tu datang dan paksa saya turun dari katil supaya saya berjalan ke tandas dan kencing....selagi kita tak berjalan dan tak kencing, jgn haraplah doktor nak bg keluar dr hospital...time ni bersalin kat hospital swasta so bolehla nak mengada-ngada....tapi masa bersalin yg kedua kat hospital kerajaan...semua buat sendiri...turun dari katil sendiri...berjalan ke tandas pun sendiri...hahahhaa...kan dah kata tadi..semuanya dalam fikiran kita....

Pantang orang bersalin czer ni sebenarnya lebih kurang je dgn orang bersalin normal...cuma saya tak urut bahagian rahim (tempat jahitan)..bhgn batu meroyan, kepala, kaki, tangan dan perut tu saya urutla..kena tau sebenarnya untuk buang angin sebab bila czer ni sebenarnya banyak sgt angin yg masuk ke dalam tubuh masa perut tu ternganga time dibedah...wuuuuu....

Makan apa ek time pantang?
Saya makan ikan haruan seminggu berturut-turut...haruan panggang la, haruan salai la...haruan goreng pun ada gak...hehehhe...
Pastu setiap masakan..kena ada halia dan bawang putih - kasi keluar angin dalam badan..
lada hitam pun ambil jugak cuma tak banyak sebab saya ni kalau makan lada hitam byk mulalah perut rasa pedih...
Lepas tu makan ikan bilis salai...ikan cencaru..ikan kering dan daging masak halia...
sepanjang pantang, ayam memang saya tak usik langsung sebab takut gatal....
kicap pun taklah kan...kang hitam lak parut...
Pati ikan haruan saya hanya minum 12 botol sahaja...cukupla tu kan...
Air masak saya minum banyak...
pagi saya akan makan biskut dan minum horlicks atau milo...bagus untuk tenaga tau...
sayur pun makan banyak seperti sayur sawi, bayam dan kucai...ada orang tak tahan sebab sejuk..nnt menggigil pulak...
Actually u all leh try sikit and tgkla apa makanan yg u all tahan...petua mak dan nenek saya..kalau kita cuba sikit dan kita rasa ok, boleh la teruskan...

Air masak dan air glukos saya memang minum byk sebb elok utk pertambahan susu badan....ada org kata minum byk air tak elok tapi saya rasa kalau org bersalin normal mungkinla kot tak berapa sesuai sebab nanti miss V basah so luka lambat kering...

Sepanjang tempoh berpantang saya ambik set berpantang SHAKLEE, dan memang saya cepat sembuh dan bertenaga...luka pun cepat je baiknya....( ni untuk anak kedua la )...sebab anak yg pertama saya ambik Jamu ******....takde effect apa pun.....tak nampak kesan positif sgt pun...hehhehehe...

Orang yang bersalin czer ni tak digalakkan utk lakukan aktiviti lasak dan berat melainkan dah dpt kebenaran daripada doktor....biasanya dalam tempoh 6 bulan slps czer tak bolehla kan... biarlah luka dalaman tu cepat sembuh...

Suami kena byk menyokong..begitu juga dgn ahli keluarga yg lain...
Woiii...ingat senang ke nak jaga diri lepas kena belah perut 7 lapis sepanjang 6 inci?
Nak jaga anak lagi...nak jaga miss V lagi...hadoiii..
Tapi Alhamdulillah ku syukuri nikmat yang Allah dah berikan...

Yang paling best parut saya tak nampak pun...macam satu garisan halus je..tu pun kalau perhati dekat dekat baru nampak...cantik je...sesetgh org parutnya timbul lah...macam lipan lah...berkedut lah..Alhamdulillah parut saya licin je....agaknya sebab saya makan Vitamin E SHAKLEE kot...hihihihi... ( SILA BACA SAMBUNGAN DI LAMPIRAN "PENJAGAAN SELEPAS KELAHIRAN PART 2" )

Okayla, sampai sini dulu ye...kalau anda ada pertanyaan atau nak share info...pm je saya kat facebook, atau sms kat telepon saya...kalau malu jugak, ha..tulis je email htr kat saya...
Sharing is Caring u all...

Saya adalah pengedar sah SHAKLEE ( ID: 890838 )..
Jika berminat untuk sebarang produk SHAKLEE, boleh la menghubungi saya ye...
Khidmat perundingan adalah percuma...PERCUMA...

Facebook : Ilyana Mohd Morhani
Tel : 0166182386

Saturday 16 February 2013

Oh My OMEGA GUARD!!

Assalamualaikum...

Apa khabar rakan SuperMom blog? Harapnya semua sihat...
Entri kali ni takmau sambung pengalaman bersalin czer tapi nak cerita pasal sesuatu yg memberi byk manfaat kepada semua....

Apa itu? Itulah OMEGA GUARD dari Shaklee....

Apa yang bagus sangat pasal OMEGA GUARD ni? Kalau rasa nak tahu, bacalah isi kat bawah ni...inipun sebahagian saje..sebabnya kalau nak taip semua...lenguh tangan nanti...

1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3. Mencegah salur darah dari tersumbat
... 4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
5. Mengekalkan tekanan normal darah
6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7. Mengurangkan sakit kepala
8. Merendahkan kolestrol
9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-
♥ Mencegah insomnia
♥ Mengurangkan tekanan emosi
♥ Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
♥ Membantu memperbaiki masalah autism
♥ Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
♥ Mengurangkan masalah schizophrenia
♥ Masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak
 

Baru tadi selesai explain pasal OMEGA GUARD ni dengan salah seorang makcik saya iaitu Makmah...Terus Makmah minta saya hantar OMEGA GUARD ni ke rumahnya subuh esok...huhuhu..
Tapi Makmah tanya, SIAPA YANG SESUAI makan OMEGA GUARD NI?
Jawapan : SEMUA ORANG SESUAI...

1) Kanak - kanak berumur setahun ke atas
2) Remaja belasan tahun yang aktif belajar dan bersukan - yang tak aktif dan mahu menjadi aktif pun digalakkan
3) Dewasa
4) Warga emas
5) SESIAPA SAHAJA

Ada yang bertanya apa bagusnya OMEGA GUARD Shaklee berbanding Omega minyak ikan jenama lain? So jawapannya ialah:

  • Omega Guard Shaklee dihasilkan menerusi kaedah teknologi terkini iaitu ultratulen bergred farmaseutikal. Maksudnya ia melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul yg dpt memekatkan asid lemak Omega3 paling tulen.
  • Teknologi ini dapat menyingkirkan bahan2 berbahaya yg terdapat dlm ikan seperti plumbum, arsenik, merkuri,etc. Kebanyakan brand lain hanya menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi utk mengekstrak minyak ikan. kaedah ini bukan hanya memusnahkan sesetengah nutrient malah tidak boleh menapis kandungan logam yg membahayakan kesiahatn seperti plumbun,merkuri,etc . (Info tambahan yg sy dapat daripada nutrionist Shaklee, katanya tak semua pengeluar minyak ikan menggunakan penyulingan proprietari tiga molekul, Kalau ada pun hanya penyulingan 1x atau2x...Kenapa? sebab penyulingan proprietari tiga molekul ni merupakan satu proses yang mahal..Shaklee sahaja yg melalui penyulingan 3x sbb nak berikan yg terbaik utk pembeli2nya.. yer tak) Wahhh ..Shaklee mmg terbaekk...sbb tu harganya setara dgn kualiti bukan jauh melampau mahal yer.. masih mampu milik
  • Omega Guard Shaklee tidak diekstrak dari minyak hati ikan kerana dihati kandungan toksik tinggi
  • Minyak ikan Shaklee diekstrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk seperti sardin, mackerel, herring dan anchovies. Kalau kita rujuk jenis2 ikan dan tahap merkurinya. ikan2 yg digunakan oleh Shaklee adalah ikan yg tahap merkurinya terendah.. Dan kajian juga menunjukkan bahawa ikan air laut sejuk mengandungi asid lemak tidak tepu yg sangat tinggi berbanding ikan lain..Ditambah dgn proses penyulingan 3x.. walla.. terbaekkk lagiii..hihi
  • Omega guard (minyak ikan ) Shaklee lengkap dgn 7 jenis asid lemak omega 3 yg perlu oleh badan iaitu DHA, EPA, HPA, ETA, SDA, DPA. Badan kita tak mampu menghasilkan asid lemak perlu ni utk proses metabolisme,etc.. Jadi kena dapatkan dari sumber makanan dan suplemenEPA
  • Satu sajian Omega guard Shaklee (Recommended daily serving is 3 capsules) membekalkan 900mg asid lemak omega 3 yg perlu ie EPA dan DHA. Berdasarkan jadual dibwh, kandungan EPA dan DHA didalam Omega Shaklee antara yg tertinggi berbanding jenama lain

  • Sebab tu saya sangat yakin Omega Guard Shaklee adalah suplemen minyak ikan terbaik didunia. Tak ragu2 lagi memilihnya..Bagaimana dengan anda?.Apa jenama minyak ikan pilihan hati anda? (credit to Mamafaiz aka Kak Cery)..
     
     
    Okey...dah tahu dah kan pasal OMEGA GUARD Shaklee.....tapi terpulang pada anda..pilihan tetap di tangan anda...saya dah kongsikan segala intipati kebagusan OMEGA GUARD Shaklee ni...terpulang pada anda untuk menilai dan memilih....jangan di kemudian hari baru ada rasa nak mengeluh kenapa supplement yang diambil tak mendatangkan hasil....
     
     
    Seperti biasa, saya adalah pengedar sah Shaklee..
     
    ID : 8908383
     
    Tel : 0166182386
     
    Facebook : Ilyana Mohd Morhani
     
    
     

    Wednesday 13 February 2013

    Kelahiran secara caesarian - based on my experience

    Assalamualaikum...

    SEMPENA BULAN Anniversary saya.....
    Tawaran HARGA ISTIMEWA buat pelanggan yang TERSAYANG....
    Nak tahu apa? Kena baca sampai habis...

    Apa khabar kawan kawan SuperMom semuanya?
    Saya doakan semoga semuanya sihat dan dirahmati Allah ye...

    Okay kenkawan...topik apa pulak kali ni?
    Kali ni nak share pasal pengalaman saya melahirkan anak anak secara Caesarian...

    Saya dah dua kali bersalin dan kedua-duanya secara caesarian atau short form nya czer..
    Yang pertama czer sebab saya disyaki mengalami slip disc so doktor pakar taknak amik risiko sebab takut masa meneran (kalau bersalin secara normal) akan menyebabkan disc tu lari terus...
    Apa itu slip disc? Sila lah tanya Encik Google ye...
    Yang kedua czer sebab Placenta Previa Type 4 - yang ni saya dah post dalam entri yang sebelum sebelum ni...jemput jemput lah melawat ye...

    Ada orang kata ibu yang melahirkan anak secara czer ini tak mencabar langsung...tak dpt pahala jihad lah kalau meninggal semasa melahirkan dsb...tapi jap lagi anda sendiri lah fikir ye mencabar ke tak mencabar...pasal pahala tu saya tak berani nak komen sebab itu semua urusan Allah...apa pun pada saya, ibu yang sedang dibedah juga bertarung nyawa untuk melahirkan anaknya...

    Okay, meh sambung pasal pengalaman czer saya ye...
    Owh, yang pertama saya bersalin di hospital swasta tapi yang kedua di hospital kerajaan...dua dua pun mempunyai prosedur yg sama...cuma hospital kerajaan lebih terperinci (pada saya lah ye..).

    Sebelum di czer, doktor tanya dulu sama ada saya dah buang air besar ke tak? pukul brapa last makan? sekurang-kurangnya kena puasa minimum 8 jam, baru doktor leh operate...tp kalau emergency takpe kot...rasanya doktor takut kita muntah teruk or mungkin takut ada infection...
    Memula, pakar bius akan cucuk di bahagian tulang belakang...( haa..saya czer separuh sedar ye...jadi saya memang sedar apa yang berlaku sepanjang tempoh pembedahan)...
    Sedikit sedikit...badan bermula dari pinggan ke hujung kaki akan rasa kebas...tapi bila org usik kaki kita, kita rasa org tu cuma tak rasa sakit bila dicubit..dicucuk dsb...

    Lepas dah kebas tu...doktor masukkan pulak tiub ke dalam pundi kencing..sebabnya nnt kalau kita terkencing takdelah bersepah...dia akan masuk ikut saluran tiub tu ke dalam pek kencing...time kita kebas ni, kencing memang tak rasa....tau tau je pek kencing tu dah penuh...
    Kemudian barulah doktor suruh baring sebab nak belah dah rahim kita...
    Masa pisau menoreh perut kita memang tak rasa sakit langsung...masa pertama kali dulu, siap jerit suruh doktor berhenti sebab masih terasa sentuhan tangan doktor kat perut....doktor terus gelak sebab dia kata memangla akan rasa sentuhan cuma takkan rasa sakit je....

    Yang paling BEST pada saya ialah masa doktor dok 'godek-godek' perut untuk keluarkan baby kita...
    saat baby keluar je dari perut...perghhh...rasa lega sangat sebab terasa perut cam kosong tetiba...
    APA PERASAAN time ni? Tak tahu nak gambarkan....rasa risau yang menggunung tadi hilang sebaik dengar tangisan baby.......Alhamdulillah....

    Dah siap uri dikeluarkan dan darah dibersihkan serta luka dijahit...tetiba doktor kata 'puan, dah settle'..
    Actually lepas bayi dikeluarkan, doktor akan suntik morfin untuk bagi kita tidur sebab nak kita berehat...tapi dua kali bersalin...saya tak tidur langsung...hahahaha...sampai doktor pun heran apsal lah minah ni susah na nak tido...

    Rasa kebas kat perut ni lama jugakla bertahan....dah keesokkan harinya barulah mula nak rasa sakit sikit sikit...takla sakit teruk sgt sebab dari semasa ke semasa, kita akan diberi ubat tahan sakit...cuma masa saya bersalin czer kat hospital kerajaan je la ada rasa macam perut nak terburai masa memula bangun dari katil - tp takde apa pun, tu sebab ada ketulan darah kotor yang nak keluar...macam period tu..hadoiii...lepas tu ok je, takde sakit pun...sakitla tapi boleh lagi la nak tahan....nak dukung anak, nak breastfeed anak...nak berjalan gi toilet...

    Haa...tu dia..panjang lebar gak kan?
    Nak tahu penjagaan sepanjang dalam pantang untuk yang bersalin czer tak?
    Nanti saya sambung dalam entri yang seterusnya...sebab dah mengantuk..nak tido ye...

    Saya adalah pengedar sah produk Shaklee:
    - Untuk set berpantang
    - Set menambah susu badan
    - Set penjagaan badan dan kelangsingan selepas bersalin
    - Set penjagaan muka - berminyak? kulit kering? nak kulit cerah kemerah-merahan?
    - Set kesuburan lelaki dan wanita
    - Set kesihatan lelaki dan wanita, tua dan muda
    - Supplemen terbaik untuk kanak kanak
    dan banyak lagi...

    TAWARAN HEBAT BULAN JUNE hanya dari SAYA SAHAJA !!!
    Beli 1 SET LENGKAP berpantang & dapatkan HADIAH MENARIK bernilai RM30!!

    Bulan ini sahaja....

    Boleh hubungi saya di:
    No tel: 0166182386
    Facebook: Ilyana Mohd Morhani
    Email : ilyana.mohd.morhani@gmail.com
    blog : www.ilyanamorhani.blogspot.com

    Tuesday 12 February 2013

    Dari saiz XXL ke M..dan kini menghampiri S....

    Assalamualaikum...

    ( BERITA BAIK !!!! Kini anda boleh membeli sendiri produk Shaklee untuk Slim melim melalui online... Hanya perlu klik link di bawah sahaja ... )

    https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=d27b95cac4c27feb850aaa4070cc4675

    Selamat petang...
    Hari ni sebenarnya nak sambung kesinambungan kisah SLIM dan SIHAT (Dari XXL ke M).

    Okayy...3 hari lepas ku ke Shah Alam, bermalam semalam di Hotel Grand Blue Wave..tapi terlupa lak nak bawa seluar untuk tidur. Jadi, alkisahnya, malam tu keluarlah kejap ke AEON Bukit Raja mencari seluar untuk dipakai tidur...Cari punya cari..semualah seluar saiz XL dan XXL je ada..(malam tu AEON Bukit Raja ni dah macam buat jualan lelong ke hapa sebabnya org dok borong pakaian macamlah tempat tu nak tutup esoknya kan?)...
    Tetiba adalah sehelai seluar ni..saiznya ialah S/M (cam tu lah yang tertera kat tag saiznya)..Dalam hati ni berkata katalah ...kang aku beli kang tak muat, membazir duit aku..tapi kalau ambik saiz XL kang gedebeh lak..pon tak boleh gak pakai..

    Jadi, dengan lafaz Bismillah..ku ambik jua lah seluar saiz S/M itu..
    Sampai kat hotel dah pukul 11 camtu..anak anak dah lena dah..
    Ku pun gi solat..gosok gigi...pastu dengan rasa berdebar debar, try la seluar tu (dalam hati ni ada rasa tak yakin yang amatlah kuat bahawa ku tak muat seluar itu)..

    Jeng jeng jeng.... I DAH BOLEH SARUNG SAIZ S/M UOLLLSSSSSSS..... Jangan jeles okayy...
    kan mak jemah dah suruh u all try produk terbaikkkk SHAKLEE ni...

    Memang sangat terkejut...dan tetiba jadi sangat BERKEYAKINAN TINGGI!!!!
    Terus I ngorat encik Hubby.... wahahahhahahaa....badan dah slim lagikkkkssss....

    So, nak tau tak apa yang I buat untuk bertukar dari saiz XXL ke S/M?
    Senang je uollsss...

    I cuma amalkan minuman CINCH Chocolate SHAKLEE.. dan beberapa supplement tambahan...semua produk SHAKLEE....Serius dalam masa 5 bulan je boleh turun dan bertukar saiz tau...

    Punya banyaklah produk kurus badan kat Malaysia ni, kenapa SHAKLEE di hatiku?
    Haa... sebab-sebabnya ialah:

    * Produk SHAKLEE HALAL!!! Badan Halal nya adalah antara yang diiktiraf oleh JAKIM..
     ( Kenapa? Tak percaya? Gi check sendiri dengan JAKIM )

    * Produk SHAKLEE Natural base...dan yang paling penting...MEMANG BERKESAN!!

    APA KEBAIKAN CINCH?

    - Membakar lemak-lemak manja mengada - ngada yang berlebihan kat badan
    - Ketika badan sibuk membakar lemak, CINCH dapat berfungsi untuk memelihara otot supaya tidak terbakar bersama-sama lemak...jadi badan takkan lembik menggeleber..
    - CINCH memberi rasa kenyang dan mengawal rasa lapar yang merapu tu..
    - CINCH memberi tenaga berpanjangan sepanjang hari...
    - Rasa CINCH yang sedap ( ada 3 perisa : coklat, latte dan vanila)..contohnya macam saya suka CINCH Chocolate..jadi rasanya seperti Chocolate Shake...sgt sedap....tak perlu nak tahan nafas atau merana minum produk kurus...
    - Keberkesanannya tahan lama...dah ambik 5 bulan pun..berat masih berkurangan..
    - YANG PENTING...tiada DIET KARBO..makanlah nasi uollss...I memang suka makan nasi jadi CINCH memanglah sangat sesuai...




    Kalau anda berminat untuk mendapatkan badan SIHAT dan SLIM macam saya ( hihihii...malu gegurl )... jangan malu, jangan segan...

    Meh pm saya laju laju...atau boleh juga sms di talian henfon ye...
    Kalau saya yang kuat makan nasi ni BOLEH LAKUKAN...Kenapa ANDA TIDAKKK???

    Kelas bimbingan dan perundingan ADALAH PERCUMA....

    Saya adalah pengedar sah SHAKLEE Seluruh Malaysia...( ID: 890838 )
    COD di Kawasan SHAH ALAM, KLANG, RAWANG, BUKIT BERUNTUNG dan PUNCAK ALAM..

    Facebook: Ilyana Mohd Morhani

    Henfon: 0166182386


    Saturday 2 February 2013

    Dari XXL ke saiz M .... Wowwwww!!

    Assalamualaikum...

    Mak aihhh...lama sungguh daku tak menulis kat blog SuperMom ini...
    Rindu weii nak tulis tapi apakan daya...tugasan harian sebagai emak , isteri, anak , menantu, kakak, ipar, kuli di kilang dan melayan customer menyebabkan lewat sikit menulis...

    Haaa...apa cer?
    Kali ni nak share cerita yang sangat BEST...tapi BEST pada ai..taktau la BEST pada you all ke tak kan?

    Nak dijadikan cerita....
    Adik ipar punya kenduri kahwin kat Kuching 26 Januari...so, kitorg dah beli tiket balik Kuching pada 22 Januari...gi la hantar tempah baju kat tailor dan tailor janji baju tu siap 15 haribulan Januari...
    Masa gi hantar baju tu siap cakap kat tailor tu..."akak, tolong ukur baju ngam ngam ye , bg fit sikit sebab taknak nampak gemuk..." so akak tailor pun kata "betul ni nak fit? kang awak gemuk kang...dah takleh nak dibesarkan.." dan aku pun sgt konfiden cakap kat akak tu yg aku mmg nak baju tu fit sesgt....

    15 hb tak sempat nak gi ambik baju tu sebab balik keje lambat...kedai akak tu dah tutup. So, 16 hb baru gi ambik...tu pun pesan kat mak tolong ambikkan sebab rasa mcm balik keje lmbt je...
    Sampai rumah, mak bg baju tu...dah lewat malam baru nak try...sekali tu...
    UWAAAAAA.....kenapa baju ni besar cam sarung nangka????????
    Puas ku berfikir....takkanlah aku dah kurus kot...nampak kat cermin ni mcm gemuk jer....
    Punyalah tak percaya , siap gi hantar suruh akak tailor tu betulkan...

    Tapi disebabkan dalam hati ni tak berapa yakin yang akak tu dapat siapkan sebelum 22 Januari, esok harinya ai pun pegilah ke Giant Seksyen 13 Shah Alam utk cari baju yang sesuai untuk ke Kenduri Kahwin adik ipar sebab kat situ leh tahan banyak jugak pilihan baju kurung - dan murah...hehehehe..

    Puas 'tawaf' satu Giant, tak jumpa gak baju color tema nya silver/kelabu...kecewa...pastu tgh jalan nak menuju ke kereta...tetiba terpandang baju kat satu kedai ni...ehhh, ada la baju color kelabu cuma kelabunya pekat...takpelah, daripada takde...yang ni pun bolehla....
    Sampai kat kedai tu...tgk baju kelabu tu cuma ada saiz M...ohhh, kecewa hati ku ini...
    Akak yang jaga kedai tu pun approach dan tanya..'saiz apa?'...
    aku pun katala...'ntah, XXL kot takpun XL" (sebabnya lepas bersalin anak pertama 3 tahun lepas..mmg itu ajelah saiz baju yg ku pakai...huhuhuh )..
    Tetiba akak tu kata...'ishh..taklah...awak ni saiz M je ni...bukan gemuk pon...M dah muat dah'
    Aku pun melawan la..aku kata...'biar betul kak...M tu koyak kang'...
    Selepas berbalas kata ngan akak tu..ku try jugakla saiz M..

    Sekali tu... WOWWWWWWWW!!!!!!!!
    I dah muat saiz M uollss.......
    Time tu rasa nak melompat je !!!
    Terus amik baju tu...bayar dan cepat2 balik opis dah kecoh ngan rakan rakan opis pasal ku dah muat saiz M...

    Haaa....nak tahu caranya?
    Kena la tunggu.....

    Kalau sesape yang tak sabar tunggu...leh pm kat Facebook : Ilyana Mohd Morhani atau sms/whatsapp kat 0166182386....

     
    Saya adalah pengedar sah SHAKLEE ( ID: 890838 )
    Bersama Shaklee....hidup lebih sihat, yakin, slim....dan bertenaga !!!!!!